Pembangkang juara putar belit isu...Pemakan DEDAK Yang Sebenarnya

Pembangkang juara putar belit isu...Pemakan DEDAK Yang Sebenarnya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang juara putar belit isu...Pemakan DEDAK Yang Sebenarnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang juara putar belit isu...Pemakan DEDAK Yang Sebenarnya
link : Pembangkang juara putar belit isu...Pemakan DEDAK Yang Sebenarnya

Baca juga


Pembangkang juara putar belit isu...Pemakan DEDAK Yang Sebenarnya

Parti Amanah Negara Johor (PAN Johor) antara parti pembangkang yang sememangnya juara dalam memutar belitkan sesuatu isu.

Apa yang saya lihat, mereka acap kali memburuk-burukkan Menteri Besar, Dato Mohamed Khaled Bin Nordin semata-mata ingin mendapat perhatian dari kalangan rakyat, khususnya rakyat Johor.

Perkara ini terjadi tidak lain tidak bukan kerana PAN Johor cemburu dengan kepimpinan dan kewibawaan YAB Dato Mohamed Khaled Bin Nordin sebagai Menteri Besar Johor.

Lihat sahaja hingga ke hari ini segala kemajuan yang dikecapi oleh negeri Johor adalah hasil usaha gigih beliau dan Kerajaan Negeri Johor sendiri.

Tetapi sebaliknya berlaku apabila pembangkang terus-terusan menafikan pretasi cemerlang YAB Dato Mohamed Khaled Bin Nordin.

Malah mereka juga sentiasa menidakkan setiap buah fikiran dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Johor dan Kerajaan Negeri.

Jika hendak dibandingkan dengan pemimpin pembangkang khususnya dari PAN Johor. Apa sahaja yang telah mereka lakukan untuk rakyat Johor selama ini?

Tiada! Yang ada hanya ceramah-ceramah yang lesu dan menyedihkan!

Apabila tindakan PAN Johor dengan sengaja mempertikaikan siasatan terhadap YB Datuk Latif Bandi menunjukkan mereka ketandusan isu. Perkara ini sahaja dibangkitkan mereka semata-mata ingin mempengaruhi fikiran rakyat.

Hakikat yang perlu kita tahu, tempoh siasatan terhadap kes Datuk Latif Bandi adalah luar dari bidang kuasa Menteri Besar Johor.

Jadi sepatutnya tidak timbul sebarang spekulasi yang menyatakan Menteri Besar Johor mengelak dari menjawab isu ini.

Tidak cukup dengan itu, PAN Johor juga mendesak Menteri Besar Johor mengisytiharkan hartanya.

Hairan juga saya, kekayaan rakan sekutunya iaitu Tun Mahathir secara terang-terangan dapat kita lihat namun Tun Mahathir tetap berdiam diri dan enggan mengisytiharkan hartanya.

Lihat sahaja gaya hidup Tun Mahathir dan anak-anaknya. Sangat mewah dan kadang-kadang kekayaan yang mereka miliki seolah-olah tidak masuk akal. Jadi kenapa PAN Johor hanya diamkan diri sahaja dan tidak pernah sekali pun mempersoalkan isu kekayaan calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan?

Sedarlah saya kini, PAN Johor akan menggunakan apa sahaja pendekatan termasuk memutar belit segala isu asalkan mereka dapat mempengaruhi rakyat.

Perkara ini yang mendatangkan sedikit kebimbangan kepada saya kerana berkemungkinan akan timbul salah faham terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

Jadi kesimpulannya, rakyat tidak seharusnya mudah mempercayai sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Sebaliknya, rakyat perlu teliti dan mencari kebenarannya terlebih dahulu sebelum menyalahkan mana-mana pihak.


Demikianlah Artikel Pembangkang juara putar belit isu...Pemakan DEDAK Yang Sebenarnya

Sekianlah artikel Pembangkang juara putar belit isu...Pemakan DEDAK Yang Sebenarnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang juara putar belit isu...Pemakan DEDAK Yang Sebenarnya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/pembangkang-juara-putar-belit.html

Subscribe to receive free email updates: