Pembayaran ‘one-off’ imam, Pembangkang Muflis Isu

Pembayaran ‘one-off’ imam, Pembangkang Muflis Isu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembayaran ‘one-off’ imam, Pembangkang Muflis Isu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembayaran ‘one-off’ imam, Pembangkang Muflis Isu
link : Pembayaran ‘one-off’ imam, Pembangkang Muflis Isu

Baca juga


Pembayaran ‘one-off’ imam, Pembangkang Muflis Isu

TERENGGANU Molek Doh! mengambarkan keadaan sebenar negeri Darul Iman tersebut. Sememangnya memang agak susah bagi pembangkang mencari isu untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional Terengganu yang dipimpin Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman memandangkan beliau mengambil kira kebajikan rakyat dari seawal dalam kandungan sehingga ke liang lahat disamping memastikan negeri maju dan makmur.

Namun seperti biasa, mereka mencipta isu dari kebaikan dan kebajikan kerajaan BN. Sebuah video yang berkemungkinan datangnya daripada salah seorang penerima dana “one-off” kepada para imam dan bilal kini dijadikan modal propaganda pembangkang. Video yang sedang ditular itu bukanlah menunjukkan situasi yang sebenarnya.

Rakaman yang menunjukkan suasana kecoh itu berlaku hanya seketika sahaja dan bukannya menunjukkan para imam dan bilal merusuh atau merempuh masuk. Sedikit salah faham berlaku yang melibatkan perubahan jadual pendaftaran ketika sessi penutupan rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sedang berlangsung.

Menurut sumber, pihak urusetia pada awalnya menjangkakan semua pembayaran selewat-lewat selesai dalam 6 petang melalui proses SOP yang ditetapkan (mengambil kira faktor keselamatan dan kelancaran).

Proses pemberian dana kepada imam dan bilal dibuat dengan memanggil 30 orang penerima sekali gus pada satu-satu masa masuk ke kaunter penerimaan dan di luar bilik pula pasukan petugas telahpun menyediakan lorong-lorong dengan sekatan bagi membentuk aliran beratur dan berdisiplin.

Sekiranya semua pihak mengikut arahan maka semuanya akan berjalan lancar dari mula hingga akhir.

Menurut pihak sekretariat proses pembahagian dana one off ini selesai lebih awal daripada jangkaan sepatutnya. Proses selesai pada jam 3.30 petang.

Pembangkang cuba menjadikan kebaikan dan kebajikan kerajaan BN Terengganu sebagai keburukan yang kononnya menzalimi para imam. Rakyat melihat pembangkang sebagai pihak yang muflis modal sehingga tergamak menjadikan perkara baik namun di’spin’kan sebagai penganiayaan terhadap para imam. Mungkin pembangkang lupa bahawa tindakan mereka tersebut bakal mengundang bala kepada parti mereka sendiri. Rakyat tahu mana kaca mana permata.



Demikianlah Artikel Pembayaran ‘one-off’ imam, Pembangkang Muflis Isu

Sekianlah artikel Pembayaran ‘one-off’ imam, Pembangkang Muflis Isu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembayaran ‘one-off’ imam, Pembangkang Muflis Isu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/pembayaran-one-off-imam-pembangkang.html

Subscribe to receive free email updates: