link : Peminat Mahu Tulisan Tangan Park Bo Gum Dijadikan ‘Font’ Komputer
Peminat Mahu Tulisan Tangan Park Bo Gum Dijadikan ‘Font’ Komputer
Bintang popular Korea, Park Bo Gum sekali lagi berjaya mencuri perhatian peminat dan kali ini dengan hasil tulisan tangannya.
Menerusi sebuah laman komuniti di Korea, ada peminat telah memuat naik buku catatan Bogum yang penuh dengan tulisannya.
Rata-ratanya memuji pelakon berusia 24 tahun itu kerana mempunyai tulisan tangan yang dinilai sebagai cantik dan kemas.
..
Malah ada juga yang memberi komen tulisan tangan bintang drama Love in The Moonlight dan Relpy 1988 ini mirip dengan ‘font’ komputer dan mereka berharap ia dapat dijadikan ‘font’ rasmi.
“Tolong tulisan tangan ini dijadikan font”,
“Dia menulis dengan baik”,
“Tulisan tangannya begitu cantik”, dan “ini benar-benar sempurna,” tulis beberapa netizen seperti yang dilapor Koreaboo.
Pada 15 Mac lalu, Bo Gum berkunjung ke Malaysia sempena majlis pelancaran telefon pintar terbaru jenama Samsung Galaxy S9.
Selain itu, dia juga muncul menerusi program Hyori’s Bed & Breakfast sebagai pembantu separuh masa kepada Lee Hyori dan suaminya Lee Sang Soon. Turut menjayakan rancangan tersebut ialah anggota Girls Generation, Yoona.
The post Peminat Mahu Tulisan Tangan Park Bo Gum Dijadikan ‘Font’ Komputer appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Peminat Mahu Tulisan Tangan Park Bo Gum Dijadikan ‘Font’ Komputer
Anda sekarang membaca artikel Peminat Mahu Tulisan Tangan Park Bo Gum Dijadikan ‘Font’ Komputer dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/peminat-mahu-tulisan-tangan-park-bo-gum.html