link : Perhimpunan Bersih Bertujuan Jatuhkan Kerajaan
Perhimpunan Bersih Bertujuan Jatuhkan Kerajaan
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa terdapat bukti yang menunjukkan tujuan Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menganjurkan perhimpunan Bersih pada 28 April 2012, adalah untuk menjatuhkan kerajaan.
Khalid, 60, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, berkata pada mulanya tujuan asal perhimpunan Bersih 3.0 diadakan adalah untuk memastikan pilihan raya yang bersih, sebaliknya ia bertukar menjadi keadaan hura-hara dan tidak terkawal sehingga terdapat insiden pukul-memukul serta merosakkan harta kerajaan.
“Tujuan mereka (peserta) adalah jelas untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan lain,” katanya ketika pemeriksaan utama peguam Mohamed Nasser Yusof yang mewakili Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos selaku defendan dalam kes saman difailkan pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah terhadapnya atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh.
Disoal peguam N. Surendran yang mewakili Maria sama ada terdapat bukti kukuh yang menyatakan tujuan Bersih diadakan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, Khalid, yang merupakan saksi sepina defendan berkata: “Tindakan mereka (peserta) berhimpun beramai-ramai dengan hasut orang ramai memang bertujuan ke arah itu (menjatuhkan kerajaan)”.
Khalid berkata ini dibuktikan apabila mereka berhimpun di jalan raya tanpa mematuhi Akta Perhimpunan Aman.
Semasa disoal semula peguam Mohamed Nasser sama ada tindakan menjatuhkan kerajaan merupakan satu kesalahan, Khalid menjawab: “Ya”.
“Bukan itu caranya (berhimpun) dengan mengeluarkan hasrat bahawa pilihan raya negara kita tidak bersih dan mengeluarkan ucapan berapi di jalan raya. Saya rasa tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan,” jelas saksi itu.
Tambahnya, penganjur Bersih iaitu Maria sentiasa tidak mematuhi undang-undang dan mereka enggan mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa semasa mengadakan perhimpunan.
Saksi itu turut menafikan perhimpunan Bersih itu dilakukan secara aman dan teratur tanpa sebarang kekecohan atau ancaman terhadap ketenteraman awam.
“Terdapat ancaman tetapi berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa,” katanya yang turut memaklumkan jika dibiarkan peserta melakukan perkara yang mereka ingin lakukan, keadaan akan menjadi lebih parah.
Khalid turut mengesahkan bahawa Maria pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas polis mendapat maklumat bahawa perhimpunan Bersih menerima bantuan kewangan dari pihak luar.
Beliau bagaimanapun bersetuju dengan Surendran bahawa Maria telah dibebaskan oleh polis tanpa sebarang syarat di bawah akta berkenaan.
Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab bersambung petang ini dan akan mendengar keterangan seorang lagi saksi sepina defendan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada 7 Oktober 2016, Maria menyaman Jamal yang merupakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM) selaku defendan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria, 62, selaku plaintif mendakwa pada 28 September 2016, Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra dan telah diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.
Plaintif juga mendakwa pada 4 Oktober 2016, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitkan pada 5 Oktober tahun sama di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik. – BERNAMA

Demikianlah Artikel Perhimpunan Bersih Bertujuan Jatuhkan Kerajaan
Sekianlah artikel Perhimpunan Bersih Bertujuan Jatuhkan Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perhimpunan Bersih Bertujuan Jatuhkan Kerajaan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/perhimpunan-bersih-bertujuan-jatuhkan.html