PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB DR. MAHATHIR

PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB DR. MAHATHIR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB DR. MAHATHIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB DR. MAHATHIR
link : PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB DR. MAHATHIR

Baca juga


PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB DR. MAHATHIR

Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menjawab 32 soalan berkaitan kepemimpinannya dahulu dan kekayaan yang dimiliki beliau serta anak-anaknya.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, kesemua soalan tersebut melibatkan kredibiliti Dr. Mahathir antaranya adalah bagaimana beliau mendakwa Malaysia akan bankrap ketika hutang negara kini hanya 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sedangkan ketika beliau menjadi Perdana Menteri hutang negara mencecah 103.4 peratus pada tahun 1986.

“Terdapat kira-kira 80 buah negara yang purata hutangnya lebih dari Malaysia seperti negara di Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan lain. Jika Malaysia bankrap adakah 79 buah negara yang memiliki kadar hutang lebih tinggi ini akan bankrap dahulu?” katanya dalam status yang dimuat naik di akaun Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Sian See turut mempersoalkan tindakan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengaku di mahkamah baru-baru ini bahawa rancangan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2014, iaitu sebelum isu 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB).

Kata beliau, berdasarkan rancangan tersebut membuktikan pemecatan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah adalah kerana bersubahat untuk menggulingkan Najib, bukan kerana isu 1MDB.

Dalam pada itu, Sian See ingin mengetahui jumlah dan nilai syarikat-syarikat yang dimiliki ahli keluarga Dr. Mahathir kerana beliau dimaklumkan bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan empat anaknya telah disenaraikan mempunyai kepentingan dalam 488 syarikat berdaftar oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Dr. Mahathir memperjuangkan untuk orang Melayu dan juga Islam selama 22 tahun dan akhirnya berjaya melahirkan tiga orang Melayu Islam sebagai 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2014 termasuk anaknya yang juga bekas Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Mokhzani Mahathir muncul sebagai orang kedua Melayu Islam terkaya. Adakah ini yang digambarkan sebagai kejayaan yang sangat dibanggakan?” katanya.

Menurut Sian See, Dr. Mahathir juga perlu menjelaskan sama ada benar atau tidak, beberapa bulan sebelum beliau meletak jawatan, Kementerian Kewangan telah menganugerahkan lesen perjudian monopoli selama 20 tahun kepada pengasas konglomerat Berjaya Corp Bhd. (BCorp), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun tanpa sebarang tender dan tidak dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dengan harga RM20 juta sahaja.

Bagaimanapun dakwanya, Vincent telah menjual lesen perjudian tersebut beberapa tahun selepas itu dengan nilai RM700 juta dan jutawan itu telah menghabiskan jutaan ringgit bagi menganjurkan majlis hari lahir Dr. Mahathir setiap tahun.

Dalam masa sama, Sian See turut membangkitkan jumlah syarikat yang telah dibeli dan dijual antara anak-anak Dr. Mahathir dengan keluarga Vincent Tan dan mendakwa Mirzan Mahathir telah membeli syarikat pengangkutan kontena ketiga terbesar, Diperdana Berhad milik Danny Tan iaitu abang jutawan tersebut manakala Mokhzani memberi Hospital Pantai terus daripada Vincent Tan.

“Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Datuk A. Kadir Jasin pernah menyatakan ketika Dr. Mahathir berkuasa, Vincent Tan kerap meminjamkan jet peribadi untuk digunakan bekas Perdana Menteri keempat itu.

“Tidakkah penggunaan jet tersebut dianggap sebagai rasuah kerana Dr. Mahathir telah menerima sesuatu dengan balasan, atau A. Kadir hanya berbohong?” dakwanya.

Antara persoalan lain turut dibangkitkan Lim Sian See:

Adakah Dr. Mahathir merupakan tiga pemegang saham terbesar Hotel Palace of Golden Horses?

Bila dan berapakah harga kediaman Dr. Mahathir di Country Height?

Adakah Dr. Mahathir menafikan kenyataannya dahulu bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan parti tersebut rasis?

Adakah Dr. Mahathir menipu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai moral dan kini layak menjadi Perdana Menteri?

Berapakah jumlah yang perlu dikeluarkan Dr. Mahathir untuk memelihara dan memberi makan 40 hingga 50 ekor kuda miliknya setiap bulan?

Utusan


Demikianlah Artikel PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB DR. MAHATHIR

Sekianlah artikel PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB DR. MAHATHIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB DR. MAHATHIR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/persoalan-yang-perlu-dijawab-dr-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates: