link : PH nyata komitmen tunai 10 janji dalam masa 100 hari memerintah...Tak Boleh Pakai Lah
PH nyata komitmen tunai 10 janji dalam masa 100 hari memerintah...Tak Boleh Pakai Lah
Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan 10 daripada keseluruhan 60 janji yang terkandung di dalam manifesto gabungan itu dalam tempoh 100 hari, sekiranya gabungan itu berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, PH mempunyai lima teras di dalam manifesto tersebut, yang secara umumnya menyentuh perihal ekonomi dan masalah rakyat.
"Lima teras itu adalah untuk lima tahun, 60 janji adalah di dalam teras itu, jadi ada teras yang ada 10, ada 12 dan sebagainya, tapi itu untuk tempoh lima tahun, tapi kita juga ada 10 janji untuk 100 hari pertama (pemerintahan)," katanya kepada media di bangunan Parlimen, petang tadi.
PH dijadualkan mengumumkan manifesto mereka secara rasmi pada malam esok.
Lima teras yang disebut-sebutkan PH hari ini antara lain, parti itu mahu mengurangkan kos sara hidup rakyat, reformasi institusi dan dasar, memacu ekonomi kukuh, mengembalikan hak rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan mewujudkan Malaysia yang inklusif dan moderat.
Saifuddin bagaimanapun enggan mengumumkan 10 manifesto gabungan itu pada hari ini, dan meminta para pemberita untuk menunggu dan melihat pada malam esok.
Namun disebalik keengganannya, manifesto tersebut kini sudah dilihat bertebaran dibeberapa portal media sebelum pelancarannya esok.
Sementara itu, Saifuddin berkata PH tetap akan menunaikan janji mereka di negeri yang dipimpin PH walaupun mereka kalah pada PRU14 nanti.
"Ya kita akan laksanakan secara keseluruhan. Setiap negeri juga ada tawaran sendiri. Ia lebih fokus kepada tempatan, ibarat manifesto mini. (Manifesto) Sabah dan Sarawak dah dilancarkan September tahun lepas," katanya lagi.

Demikianlah Artikel PH nyata komitmen tunai 10 janji dalam masa 100 hari memerintah...Tak Boleh Pakai Lah
Sekianlah artikel PH nyata komitmen tunai 10 janji dalam masa 100 hari memerintah...Tak Boleh Pakai Lah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH nyata komitmen tunai 10 janji dalam masa 100 hari memerintah...Tak Boleh Pakai Lah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ph-nyata-komitmen-tunai-10-janji-dalam.html