Polis mula siasat Guan Eng...Jangan Bagi MUka Lagi Kepada KM Penang Ni

Polis mula siasat Guan Eng...Jangan Bagi MUka Lagi Kepada KM Penang Ni - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis mula siasat Guan Eng...Jangan Bagi MUka Lagi Kepada KM Penang Ni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis mula siasat Guan Eng...Jangan Bagi MUka Lagi Kepada KM Penang Ni
link : Polis mula siasat Guan Eng...Jangan Bagi MUka Lagi Kepada KM Penang Ni

Baca juga


Polis mula siasat Guan Eng...Jangan Bagi MUka Lagi Kepada KM Penang Ni

PULAU PINANG: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng berhubung video beliau terkinja-kinja menyanyikan lagu antikerajaan bersama-sama kanak-kanak seperti yang tersebar sejak kelmarin.

Video yang di­percayai dirakam ketika majlis pelancaran pusat tuisyen rakyat di Jelutong di sini dan turut dihadiri ibu bapa kanak-kanak terbabit mengundang reaksi kurang se­nang orang ramai yang mengecam Guan Eng kerana didakwa sanggup mengheret kanak-kanak bagi mencapai kepentingan politik peribadi.

Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, kertas siasatan tersebut dibuka mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kami buka kertas siasatan susulan tiga laporan polis yang dibuat pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini semalam.

“Kami akan me­ngambil ke­terangan beliau (Guan Eng) dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain; Pengerusi Pe­nang Front Party (PFP), Datuk Patrick Ooi dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Mohd. Ibrahim A. Siahoo membuat laporan polis berhubung video itu di ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.

Laporan itu dibuat susulan video yang dimuat naik di akaun media sosial Facebook milik Guang Ming Daily yang memperlihatkan Guan Eng ‘terkinja-kinja’ mengikut rentak lagu mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam sebuah majlis yang kebanyakannya dihadiri kanak-kanak.

Video berdurasi 32 saat itu memperlihatkan kanak-kanak berkenaan menyanyi lagu dengan lirik termasuk A B C D G S T, harga semakin tinggi, tak naik lagi gaji, mesti makan maggi mi, semua kena GST, bayar untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Demikianlah Artikel Polis mula siasat Guan Eng...Jangan Bagi MUka Lagi Kepada KM Penang Ni

Sekianlah artikel Polis mula siasat Guan Eng...Jangan Bagi MUka Lagi Kepada KM Penang Ni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis mula siasat Guan Eng...Jangan Bagi MUka Lagi Kepada KM Penang Ni dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/polis-mula-siasat-guan-engjangan-bagi.html

Subscribe to receive free email updates: