link : PPBM DITOLAK MASYARAKAT LUAR BANDAR...
PPBM DITOLAK MASYARAKAT LUAR BANDAR...
Rakyat khususnya masyarakat luar bandar perlu menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang tidak ikhlas membantu mereka, sebaliknya berjuang atas kepentingan peribadi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun dikatakan akan bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi perjuangan PPBM bukanlah untuk kepentingan kaum itu.
‘‘Perjuangan mereka hanya hendak menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, itu sahaja, perjuangan PPBM tidak ada langsung nampak ada agenda hendak membangunkan masyarakat Melayu dan bumiputera.
‘‘Tidak ada cerita apa yang mereka hendak lakukan kepada masyarakat Melayu, luar bandar, Orang Asli, masyarakat Felda dan sebagainya tetapi yang disebut adalah untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mendi, Triang, dekat sini semalam.
Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, beliau menaruh keyakinan meskipun PPBM bertanding di kawasan majoriti Melayu dan bumiputera, parti itu akan ditolak oleh pengundi setempat.
Katanya, dalam melaksanakan kempen, PPBM dilihat hanya mengambil kesempatan muncul di tempat awam dan tidak mempunyai program sendiri.
Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta ahli-ahli PPBM supaya menyedari bahawa perjuangan parti itu hanya sia-sia serta memecahbelahkan orang Melayu.
“Dalam sesuatu perjuangan, ia memerlukan sesuatu yang benar-benar ikhlas dan tiada kepentingan diri. Kalau Dr. Mahathir benar-benar ikhlas, segala apa kekayaannya termasuk anak-anaknya, sepatutnya digunakan untuk membantu PPBM.
“Namun, Dr. Mahathir memperalatkan orang ramai yang mempercayainya sehingga sanggup berhabis duit demi PPBM bagi kepentingan diri dan keluarga beliau serta kroni-kroninya sahaja,” katanya sebelum merasmikan program Sihat Sekampung 2018 di Dewan Astaka Batu Kurau di sini semalam.
Sehubungan itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menyeru ahli-ahli PPBM supaya meninggalkan Dr. Mahathir yang jelas tidak berprinsip apabila dengan mudah membuat pusingan U pada bila-bila masa.

Demikianlah Artikel PPBM DITOLAK MASYARAKAT LUAR BANDAR...
Sekianlah artikel PPBM DITOLAK MASYARAKAT LUAR BANDAR... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM DITOLAK MASYARAKAT LUAR BANDAR... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ppbm-ditolak-masyarakat-luar-bandar.html