PPSMI: Haji Hadi dakwa Mahathir tokoh politik yang gagal

PPSMI: Haji Hadi dakwa Mahathir tokoh politik yang gagal - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPSMI: Haji Hadi dakwa Mahathir tokoh politik yang gagal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPSMI: Haji Hadi dakwa Mahathir tokoh politik yang gagal
link : PPSMI: Haji Hadi dakwa Mahathir tokoh politik yang gagal

Baca juga


PPSMI: Haji Hadi dakwa Mahathir tokoh politik yang gagal

Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Mahathir Mohamad disifatkan sebagai tokoh politik yang gagal kerana bercadang melaksanakan semula Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu seolah-olah mahu menghina bangsa dan negara ini.

Jelas beliau, surah Ibrahim dalam al-Quran ada menyebut bahawa pendidikan perlu menggunakan bahasa ibunda masing-masing kerana pelaksanaan dalam bahasa asing adalah gagal dan memakan masa yang lama.

"Perkara itu turut disokong melalui penyelidikan oleh agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), sebab itu negara-negara maju seperti China, Jepun dan Jerman mampu ke hadapan kerana mereka menggunakan bahasa ibunda.

"Berbeza dengan India yang gagal menandingi tiga negara maju itu berikutan seluruh masyarakat negara itu dari pemimpin hingga peminta sedekah menggunakan bahasa Inggeris," katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun YouTube, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Mahathir pada hujung bulan lalu bahawa Pakatan Harapan yang diketuai DAP bersedia untuk mempertimbangkan cadangan melaksanakan semula PPSMI, jika mendapat permintaan daripada rakyat.

Mengulas lanjut Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew turut menyatakan bahawa negara seberang tambak itu gagal kerana mendidik rakyat dengan budaya Barat.

"Jadi kita kena faham bahawa tokoh politik yang besar pun meletakkan peranan bahasa dalam pendidikan. Kecuali tokoh politik yang gagal, yang asyik ingin balik ke zaman penjajahan.

"Bangsa yang hina adalah mereka yang dipengaruhi oleh penjajah yang menjajah mereka," katanya.


Demikianlah Artikel PPSMI: Haji Hadi dakwa Mahathir tokoh politik yang gagal

Sekianlah artikel PPSMI: Haji Hadi dakwa Mahathir tokoh politik yang gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPSMI: Haji Hadi dakwa Mahathir tokoh politik yang gagal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ppsmi-haji-hadi-dakwa-mahathir-tokoh.html

Subscribe to receive free email updates: