PROPAGANDA MAHATHIR MENGENAI KOS SARA HIDUP TELAH MENGELIRUKAN RAKYAT

PROPAGANDA MAHATHIR MENGENAI KOS SARA HIDUP TELAH MENGELIRUKAN RAKYAT - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PROPAGANDA MAHATHIR MENGENAI KOS SARA HIDUP TELAH MENGELIRUKAN RAKYAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PROPAGANDA MAHATHIR MENGENAI KOS SARA HIDUP TELAH MENGELIRUKAN RAKYAT
link : PROPAGANDA MAHATHIR MENGENAI KOS SARA HIDUP TELAH MENGELIRUKAN RAKYAT

Baca juga


PROPAGANDA MAHATHIR MENGENAI KOS SARA HIDUP TELAH MENGELIRUKAN RAKYAT

KUALA LUMPUR: Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menghentikan propaganda yang mengelirukan rakyat mengenai kos sara hidup negara ini.

Penganalisis ekonomi di Fakulti Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Baayah Baba berkata, kos sara hidup meningkat merupakan fenomena normal ke arah pencapaian status negara maju.

Atas sebab itu katanya, masyarakat perlu mengambil beberapa langkah tertentu supaya tidak tertekan dengan situasi jumlah wang yang dibawa ke kedai tetapi kuantiti barangan dibawa pulang sedikit.

“Semua negara alami benda yang sama dan rakyat negara ini beruntung kerana pendapatan masing-masing turut ditingkatkan menerusi pelbagai langkah antaranya pelaksanaan gaji minimum.

“Saya yakin jika Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri, beliau juga akan melaksanakan cukai barangan dan pendapatan (GST) kerana cukai itu memang diperlukan bagi menampung pendapatan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai video Bicara Polisi yang dimuat naik oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu di akaun Facebook beliau, hari ini.

Dalam video berdurasi 35 minit itu, Dr. Mahathir mendakwa kos sara hidup negara ini meningkat berikutan nilai mata wang yang jatuh, yuran universiti meningkat, kos pengangkutan yang tinggi dan pelaksanaan GST.

Dalam pada itu, Profesor Kanan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor meminta supaya Dr. Mahathir menyemak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan.

Kata beliau, yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah lebih rendah berbanding yuran menghantar anak-anak ke taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) atau Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska).

Tambahnya, begitu juga dengan nilai mata wang negara yang telah kembali kukuh pada tahap RM3.90 kepada AS$1.

“Ekonomi negara ini bergantung pada ekonomi dunia, tetapi kerajaan masih mengawal harga barang keperluan, jadi masyarakat perlu menggunakan kuasa sebagai pengguna dengan bijak membeli,” katanya.

– UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel PROPAGANDA MAHATHIR MENGENAI KOS SARA HIDUP TELAH MENGELIRUKAN RAKYAT

Sekianlah artikel PROPAGANDA MAHATHIR MENGENAI KOS SARA HIDUP TELAH MENGELIRUKAN RAKYAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PROPAGANDA MAHATHIR MENGENAI KOS SARA HIDUP TELAH MENGELIRUKAN RAKYAT dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/propaganda-mahathir-mengenai-kos-sara.html

Subscribe to receive free email updates: