Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?

Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?
link : Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?

Baca juga


Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?


KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat DAP mempersoalkan polis kenapa tidak menggantung tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, susulan pembekuan akaun hampir RM1 juta di Australia.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata tindakan sepatutnya diambil terhadap Najmuddin bagi mengelakkan sistem negara rosak.

“Saya nak tanya menteri kenapa beliau tak digantung, beliau adalah seorang pegawai polis paling kanan di negara ini.

“Beliau ialah ketua JSJ, bukan itu sahaja, kita perlu tanya apakah tujuan atau kenapa ketua JSJ tidak menuntut (wang itu),” katanya di Dewan Rakyat.

Pada 2 Mac lalu, Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan polis Australia membekukan akaun bank Najmuddin dengan simpanan sebanyak A$320,000 (RM970,000).

Polis Australia mengesyaki “kemasukan wang tunai mencurigakan” dalam akaun “Goal Saver” Bank Commonwealth milik Najmuddin yang tidak aktif selepas dibuka pada 2011.

Menurut laporan itu, kemasukan wang kurang daripada A$10,000 bermula seminggu selepas Najmuddin melawat Australia pada 2016.

SMH melaporkan baki akaun Najmuddin bertambah hampir A$290,000 kepada A$320,000 dalam tempoh sebulan, menyebabkan pihak berkuasa mengesyaki wang itu adalah hasil kegiatan jenayah atau pengubahan wang haram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagaimanapun membersihkan nama Najmuddin daripada sebarang salah laku pada 2016 berdasarkan dokumen membuktikan dana dalam akaun bank di Australia itu hasil daripada jualan rumah di Shah Alam bernilai RM700,000 (kadar tukaran mata wang ketika itu berjumlah A$260,770).

Pada 8 Mac lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Najmuddin sepatutnya kekal dan tidak perlu mengambil cuti kerana beliau mengikut semua prosedur ditetapkan.

Dua hari sebelum itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor memulakan siasatan ke atas Najmuddin berhubung pembekuan akaun hampir RM1 juta di Australia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pemberi maklumat, tetapi beliau enggan mendedahkan identiti pemberi maklumat itu yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.


Demikianlah Artikel Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ?

Sekianlah artikel Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramkarpal: Beku Akaun, Kenapa "Pengarah JSJ" Tidak Di Gantung Tugas ? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ramkarpal-beku-akaun-kenapa-pengarah.html

Subscribe to receive free email updates: