Ranking Bola Malaysia 'Jatuh', TMJ Umum Letakkan Jawatan Presiden FAM

Ranking Bola Malaysia 'Jatuh', TMJ Umum Letakkan Jawatan Presiden FAM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ranking Bola Malaysia 'Jatuh', TMJ Umum Letakkan Jawatan Presiden FAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ranking Bola Malaysia 'Jatuh', TMJ Umum Letakkan Jawatan Presiden FAM
link : Ranking Bola Malaysia 'Jatuh', TMJ Umum Letakkan Jawatan Presiden FAM

Baca juga


Ranking Bola Malaysia 'Jatuh', TMJ Umum Letakkan Jawatan Presiden FAM


PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengumuman mengejutkan itu dibuat di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Khamis malam.

Berdasarkan postingnya yang bertajuk ‘Sejarah Tercipta, Sudah Tiba Masanya’ itu, peletakan jawatannya dibuat susulan kedudukan skuad kebangsaan yang jatuh tiga anak tangga dan beliau menganggapnya sebagai satu kegagalan besar.

"Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh tiga anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar!

"Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bola sepak Malaysia. Selamat maju jaya," tulisnya pada posting tersebut.

Beliau turut mendedikasikan ucapan kepada seluruh penyokong bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan isteri serta anaknya dengan menulis: "Daddy's home!"

Menurut TMJ sepanjang memegang jawatan tersebut beliau telah memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang dana kepada bola sepak negara dan menyediakan pelan jangka panjang seperti melakukan kerjasama bersama La Liga.

"Saya juga telah memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan.

"Ini adalah satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila buat pertama kalinya setiap pasukan bertanding telah menerima sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta setahun untuk wang hak penyiaran yang mana setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada kerajaan," kata beliau.

Tambahnya lagi, skuad Bawah 23 (B23), B19 dan B16 telah berjaya melakar sejarah buat pertama kali apabila berjaya mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia. #sumber



Demikianlah Artikel Ranking Bola Malaysia 'Jatuh', TMJ Umum Letakkan Jawatan Presiden FAM

Sekianlah artikel Ranking Bola Malaysia 'Jatuh', TMJ Umum Letakkan Jawatan Presiden FAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ranking Bola Malaysia 'Jatuh', TMJ Umum Letakkan Jawatan Presiden FAM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ranking-bola-malaysia-jatuh-tmj-umum.html

Subscribe to receive free email updates: