RINGGIT AKAN CECAH RM3.80 TIDAK LAMA LAGI, KATA PM

RINGGIT AKAN CECAH RM3.80 TIDAK LAMA LAGI, KATA PM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RINGGIT AKAN CECAH RM3.80 TIDAK LAMA LAGI, KATA PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RINGGIT AKAN CECAH RM3.80 TIDAK LAMA LAGI, KATA PM
link : RINGGIT AKAN CECAH RM3.80 TIDAK LAMA LAGI, KATA PM

Baca juga


RINGGIT AKAN CECAH RM3.80 TIDAK LAMA LAGI, KATA PM

Nilai ringgit dijangka mencecah RM3.80 berbanding AS$1 dalam tempoh terdekat hasil kecekapan kerajaan menguruskan ekonomi negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pengukuhan nilai ringgit itu juga berpunca daripada sentimen global terhadap kekuatan serta daya tahan ekonomi negara.

“Semalam, daripada RM3.89 meningkat sedikit kepada RM3.90. InsyaAllah nilai itu akan menjadi RM3.80 tidak lama lagi.

“Prestasi matawang kita ketika ini adalah antara yang terbaik di dunia,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 penjawat awam negeri Perak pada majlis Program Bajet 2018 Bersama Rakyat: Penjawat Awam di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Tanjung Rambutan dekat sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata agensi penarafan terkemuka dunia telah meletakkan prestasi ekonomi Malaysia pada gred A- mengatasi negara besar dunia seperti Itali dan Russia yang diletakkan pada gred B.

Sehubungan itu, Najib menafikan dakwaan pembangkang bahawa Malaysia sekarang di ambang muflis.

“Kita masih dalam kumpulan A. Itali dalam kumpulan B, Greece lebih teruk. Malah, Russia pun B. Jika mereka (pembangkang) mengatakan kita akan bankrap (muflis), tidak masuk akal negara dalam kumpulan A akan bankrap dulu, berbanding negara dalam kumpulan yang lebih bawah. InsyaAllah kita tidak akan bankrap,” katanya.

Najib turut menjelaskan ketika krisis kewangan melanda Asia pada tahun 1998 dan 1999, rizab Malaysia jatuh kepada AS$20 bilion (RM78 bilion) tetapi Malaysia tidak terjerumus menjadi muflis.

“Sekarang, rizab kita adalah AS$103 bilion (RM401.7), jadi bolehkah kita mengatakan kita akan bankrap?” katanya.

Najib berkata, tidak banyak negara yang mampu berada pada tahap pencapaian dan ketahanan ekonomi seperti Malaysia yang dibuktikan menerusi kadar pertumbuhan ekonomi 5.9 peratus tahun lalu.

“Moody’s Investors Service dan Fitch Ratings, tidak datang ke negara ini sebagai pelancong. Mereka datang dan periksa rekod kita, mereka pergi ke Kementerian Kewangan dan Bank Negara. Mereka melihat angka dan prospek.

“Mereka kata masa ‘outlook’ kita adalah stabil dan positif. Mereka kata kita belanja berhemat dan bertanggungjawab, bukannya menambah hutang.

“Hutang kita jika dibandingkan dengan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) telah berkurangan daripada 54 peratus kepada 50.8 peratus.

“InsyaAllah defisit fiskal kita akan menjadi negatif 2.8 peratus nanti,” katanya.


Demikianlah Artikel RINGGIT AKAN CECAH RM3.80 TIDAK LAMA LAGI, KATA PM

Sekianlah artikel RINGGIT AKAN CECAH RM3.80 TIDAK LAMA LAGI, KATA PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RINGGIT AKAN CECAH RM3.80 TIDAK LAMA LAGI, KATA PM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ringgit-akan-cecah-rm380-tidak-lama.html

Subscribe to receive free email updates: