Rosyam Nor dipaksa terjun dari tingkat tujuh

Rosyam Nor dipaksa terjun dari tingkat tujuh - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rosyam Nor dipaksa terjun dari tingkat tujuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rosyam Nor dipaksa terjun dari tingkat tujuh
link : Rosyam Nor dipaksa terjun dari tingkat tujuh

Baca juga


Rosyam Nor dipaksa terjun dari tingkat tujuh

PELAKON hebat Datuk Rosyam Nor yang kini muncul menerusi filem KL Special Force memuji idea pengarah muda, Syafiq Yusof yang berjaya membentuknya menjadi seorang aktor berbeza.

“Selepas melihat filem Saya Amat Mencintaimu, saya dah teringin bekerja di bawah arahannya. Jadi saya nak berterima kasih kepada Syafiq kerana mempercayai saya. Selepas 36 tahun berada di dalam industri, ini filem aksi terbesar yang pernah saya jayakan.

“Siapa sangka pada usia saya 50 tahun, saya masih berupaya menjayakan filem aksi di mana Syafiq memaksa saya terjun dari tingkat tujuh. Walaupun pada mulanya saya enggan, tapi kedegilan Syafiq ada hasilnya.

“Saya berharap, penglibatan saya pada hari ini memberi peluang dan ruang buat adik-adik saya kini berusia 30-an untuk bergelar hero dan berlakon dalam filem aksi bila mereka berusia seperti saya,” katanya.

Penglibatan Rosyam selama 36 tahun di dalam industri menjadikan dia sebagai Hero Malaya yang cukup berbisa .

Namun Rosyam mengakui pernah dua tahun ‘jatuh’ dan kini mahu kembali menyinar di dalam industri.

Oleh itu, dia telah menjumpai beberapa formula untuk kekal relevan.

“Untuk kekal dalam industri seni, saya perlu cuba untuk jadi bagus, perlu ada kualiti dan populariti. Faktor itu perlu bergabung untuk terus ke depan.

“Saya juga lihat sebagai satu packaging, saya perlu jaga penampilan, pakaian dan bentuk badan.

“Selera peminat cepat berubah dan untuk memastikan mereka tidak lari, saya harus berikan santapan yang bagus,” katanya.

Selain itu, Rosyam juga memilih untuk lebih eksklusif apabila hanya memilih untuk berlakon filem sahaja.

“Kalau dulu semua tawaran saya ambil. Tapi saya sedar bila orang boleh lihat saya di mana-mana, orang akan muak. Jadi saya ambil keputusan untuk lebih selektif,

“Kalau berlakon drama pun hanya terbitan produksi saya dan drama raya sahaja. Saya rasa formula itu masih relevan sebab bila orang percaya dengan lakonan kita, dia akan ke pawagam untuk menonton lakonan kita,” ujarnya.

Tambah Rosyam, dia kini memburu ‘filem terbaik’ dan bukan lagi ‘pelakon terbaik’ seperti dahulu.

“Kalau saya tanya siapa pelakon terbaik 2012, orang tak ingat siapa. Tapi kalau saya tanya berapa kutipan filem Munafik, kebanyakan akan tahu.

“Bagi saya itu formula untuk pelakon seperti umur saya sekarang kerana secara tidak langsung, ia dapat membuktikan kepada penerbit dan pengarah bahawa pelakon seperti usia saya masih boleh dijual dan masih relevan bergelar hero,” katanya yang kini berumur 51 tahun.

The post Rosyam Nor dipaksa terjun dari tingkat tujuh appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rosyam Nor dipaksa terjun dari tingkat tujuh

Sekianlah artikel Rosyam Nor dipaksa terjun dari tingkat tujuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rosyam Nor dipaksa terjun dari tingkat tujuh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/rosyam-nor-dipaksa-terjun-dari-tingkat.html

Subscribe to receive free email updates: