Saya orang biasa, bukan seperti Dr Maszlee, kata Dr Asri

Saya orang biasa, bukan seperti Dr Maszlee, kata Dr Asri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya orang biasa, bukan seperti Dr Maszlee, kata Dr Asri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya orang biasa, bukan seperti Dr Maszlee, kata Dr Asri
link : Saya orang biasa, bukan seperti Dr Maszlee, kata Dr Asri

Baca juga


Saya orang biasa, bukan seperti Dr Maszlee, kata Dr Asri

SHAH ALAM: Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin terus dihujani soalan daripada orang disekelilingnya, sama ada akan menyertai parti politik atau tidak selepas dua rakan baiknya Dr Maszlee Malik dan Wan Saiful Wan Jan kini telah menyertai PPBM.

Walau bagaimanapun, Dr Asri tidak memberikan jawapan yang jelas, sebaliknya beliau mendoakan rakannya itu sentiasa diberkati Allah.

"Ada orang bertanya saya, tidakkah mahu masuk politik sebab dua sahabat ternama telah masuk.

"Saya jawab, saya orang biasa.

"Bak kata pujangga: "Datang tidak bertambah, pergi tidak berkurang"," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial Facebook.

Sebelum ini pada 2010 wujud desas-desus, beliau akan masuk Umno bersama 100 individu bergelar ulama.

Kemasukan Dr Asri bersama kumpulan itu katanya akan menyemarakkan sokongan orang Melayu kepada Umno, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Menjelang pilihan raya umum 2013, beberapa parti pembangkang turut menunjukkan minat memikat Asri.

Namun sehingga kini Dr Asri tidak menyatakan minat untuk menyertai mana-mana parti politik.

Kata Dr Asri, beliau agak terkejut apabila Dr Maszlee menyatakan pendirian mahu menyertai PPBM, malah bekas pensyarah itu tidak menolak penyertaan itu dipengaruhi Wan Saiful.

"Saya pada mulanya terdiam sebab saya rasa itu bukan aliran politik beliau. Saya fikir sahabat baik kami Wan Saiful Wan Jan mempengaruhi beliau.

"Ini kerana pada saya aliran asal pemikiran politik Wan Saiful Wan Jan juga berbeza dari Bersatu. Wan Saiful juga sahabat kami bersama. Namun setelah Dr Maszlee jelaskan kepada saya, saya dapat faham pola pemikiran mereka," ujar Dr Asri.

Tambah Dr Asri lagi, Dr Maszlee punyai semangat politik yang kuat tetapi perlu mencari platform yang betul dalam menyuarakan pandangannya.

"Saya pernah bawa nama beliau untuk pelbagai cadangan. Namun, 'semangat politik' beliau sentiasa mengatasi saya. Saya orang biasa.

"Beliau orang luar biasa dalam semangat berpolitik. Orang seperti beliau memerlukan platform yang membolehkan beliau melebarkan cakupan pemikiran politik yang hendak diketengahkan," katanya.


Demikianlah Artikel Saya orang biasa, bukan seperti Dr Maszlee, kata Dr Asri

Sekianlah artikel Saya orang biasa, bukan seperti Dr Maszlee, kata Dr Asri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya orang biasa, bukan seperti Dr Maszlee, kata Dr Asri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/saya-orang-biasa-bukan-seperti-dr.html

Subscribe to receive free email updates: