Selangor Ada Pegangan 30% Dalam Splash?

Selangor Ada Pegangan 30% Dalam Splash? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selangor Ada Pegangan 30% Dalam Splash?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selangor Ada Pegangan 30% Dalam Splash?
link : Selangor Ada Pegangan 30% Dalam Splash?

Baca juga


Selangor Ada Pegangan 30% Dalam Splash?

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor mempunyai 30 peratus pegangan ke atas Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad.
Justeru, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak lain bagi menyelamatkan kedudukan politiknya dalam masalah bekalan air di Selangor.

Ahli Majis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malah turut menjelaskan tentang isu itu sebenarnya disebabkan kelemahan pentadbiran Mohamed Azmin.

“Malah, dalam isu Splash seperti mana kata bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ia membuktikan kelemahan pentadbiran Mohamed Azmin yang tidak serius memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Sampai bila rakyat Selangor harus dihukum kerana perbuatan Mohamed Azmin yang lebih gemar bermain politik daripada mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sohaimi turut menjelaskan, sudah terlalu ramai pihak menggesa Mohamed Azmin menangani isu air di Selangor sejak beberapa tahun lalu termasuk dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Kata beliau, Timbalan Presiden PKR itu bagaimanapun tidak mengendahkan suara-suara berkenaan dan akhirnya kebimbangan rakyat akan terkesan dengan permainan politiknya akhirnya menjadi kenyataan.

Sehubungan itu, Sohaimi meminta Mohamed Azmin supaya mengambil tanggungjawab penuh dalam isu krisis air di Selangor daripada lebih gemar bermain politik.

Menurut beliau, berdasarkan statistik, 80,000 daripada 160,000 kes gangguan air di negara ini adalah berlaku di negeri Selangor yang ditadbir oleh Mohamed Azmin.


Demikianlah Artikel Selangor Ada Pegangan 30% Dalam Splash?

Sekianlah artikel Selangor Ada Pegangan 30% Dalam Splash? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selangor Ada Pegangan 30% Dalam Splash? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/selangor-ada-pegangan-30-dalam-splash.html

Subscribe to receive free email updates: