Seleweng Dana: Ahli Parlimen Dari Sabah Tuntut Putrajaya Beri Ganti Rugi RM8 bilion

Seleweng Dana: Ahli Parlimen Dari Sabah Tuntut Putrajaya Beri Ganti Rugi RM8 bilion - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seleweng Dana: Ahli Parlimen Dari Sabah Tuntut Putrajaya Beri Ganti Rugi RM8 bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seleweng Dana: Ahli Parlimen Dari Sabah Tuntut Putrajaya Beri Ganti Rugi RM8 bilion
link : Seleweng Dana: Ahli Parlimen Dari Sabah Tuntut Putrajaya Beri Ganti Rugi RM8 bilion

Baca juga


Seleweng Dana: Ahli Parlimen Dari Sabah Tuntut Putrajaya Beri Ganti Rugi RM8 bilion


KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen dari Sabah menuntut Putrajaya memberi ganti rugi RM8 bilion ke atas dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang didakwa diseleweng.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) mendakwa kerajaan persekutuan melakukan kesalahan kerana tidak mengambil tindakan terhadap bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah.

“Saya sangat hairan kenapa wang RM8 bilion disalah guna ahli Parlimen Semporna sewaktu jadi menteri KKLW. Dalam surat khabar dan televisyen juga keluar, tetapi tidak ada tindakan diambil.

“Saya selaku ahli Parlimen dari Sabah, kerajaan persekutuan sudah buat kesalahan. Kami mahu minta ganti RM8 bilion ini, rakyat Sabah marah,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Semporna serta bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 19 Oktober lalu dalam siasatan berkaitan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah berjumlah RM1.5 bilion.

Presiden Parti Warisan Sabah itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 pada 27 Oktober lalu.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan ke atas Shafie sudah dijalankan SPRM.

“Pihak berwajib seperti SPRM dan sebagainya sudah jalankan siasatan dan perkara ini masih dalam siasatan, kita perlu yakin dengan kewibawaan SPRM untuk selesaikan.

“Saya percaya kalau ada kes, kes itu akan diserahkan kepada peguam negara dan tentu sahaja peguam negara akan ambil tindakan.”

Mengenai tuntutan ganti rugi RM8 bilion itu, Ismail Sabri berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu kepada kerajaan.

“Rakyat Sabah minta ganti RM8 bilion yang hilang. Dari segi ganti, insya Allah, perkara itu saya tidak boleh buat keputusan, tetapi saya akan bangkitkan.”

Kira-kira 350 projek di bawah KKLW yang pernah diketuai Shafie dilaporkan dipantau SPRM atas dakwaan penyelewengan dana persekutuan.

Dana RM1.5 bilion itu dikatakan sebahagian daripada RM7.5 bilion untuk pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan, antara 2009 hingga 2015.

SPRM menyoal siasat lebih 45 orang dan menyiasat 72 syarikat di Sabah. Kira-kira RM170 juta aset dan wang dalam akaun bank milik beberapa syarikat terbabit dalam projek itu dilapor dibekukan SPRM. #sumber


Demikianlah Artikel Seleweng Dana: Ahli Parlimen Dari Sabah Tuntut Putrajaya Beri Ganti Rugi RM8 bilion

Sekianlah artikel Seleweng Dana: Ahli Parlimen Dari Sabah Tuntut Putrajaya Beri Ganti Rugi RM8 bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seleweng Dana: Ahli Parlimen Dari Sabah Tuntut Putrajaya Beri Ganti Rugi RM8 bilion dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/seleweng-dana-ahli-parlimen-dari-sabah.html

Subscribe to receive free email updates: