Sembilu buat Azmin... PAS lancar jentera tawan Parlimen Gombak

Sembilu buat Azmin... PAS lancar jentera tawan Parlimen Gombak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sembilu buat Azmin... PAS lancar jentera tawan Parlimen Gombak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sembilu buat Azmin... PAS lancar jentera tawan Parlimen Gombak
link : Sembilu buat Azmin... PAS lancar jentera tawan Parlimen Gombak

Baca juga


Sembilu buat Azmin... PAS lancar jentera tawan Parlimen Gombak

Gombak memang merupakan kubu PAS sejak sekian lama... sebelum 2008, PAS memang meletakkan calon mereka bertanding di situ sehinggalah Datuk Seri Azmin Ali membuat pertukaran dengan menyerahkan kerusi DUN yang dimenanginya DUN Hulu Klang kepada PAS.

PAS meletakkan Saari Sungib di Hulu Klang dan Azmin bertanding DUN di Bukit Antarabangsa di bawah Parlimen Ampang.

Untuk Parlimen Gombak, beliau sendiri yang bertanding... cerdik tak?

Untuk rekod, sebelum Azmin bertanding... pada 1999 Parlimen Gombak dimenangi oleh bekas Bendahari PAS Dr Hatta Ramli sebelum kalah pada PRU 2004.

PKR dulu mudah bertukar kerusi dengan PAS kerana Setiausaha Agung PAS zaman itu adalah orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Bagaimanapun untuk pilihanraya akan datang, akan jadi 'sembilu' buat Azmin yang bakal berdepan laluan sukar jika terus nak mempertahankan Parlimen Gombak.

Ini kerana PAS, sudah membuat ketetapan untuk bertanding di situ, kata Yang Dipertua PAS Gombak, Salehuddin Nasir (gambar) yang melancarkan melancarkan jentera PRU-14 untuk parti itu di Gombak Setia Isnin malam.

“Lapis pimpinan tertinggi PAS memberikan perhatian kepada Parlimen (Gombak) ini... oleh kerana itu kita kena bangkit berjuang habis-habisan, berjanji dengan izin Allah menghadiahkan tiga DUN dan satu parlimen (Gombak) kepada PAS untuk diraih kemenangan pada hari-hari akan datang,” katanya.

Kerusi Parlimen Gombak terletak dalam kawasan Taman Melewar di mana Markaz PAS Pusat, dua daripada tiga DUN di bawah Parlimen itu dimenangi PAS sejak dua penggal lalu.

Azmin menangi kali pertama kerusi Gombak menewaskan Datuk Said Anuar Said Ahmad dari BN dengan majoriti 6,867 undi dan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 dengan majoriti undi merosot kepada 4,734 undi.

Pengaruh PAS dan BN kelihatan hampir setanding di DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang.

Wakil rakyat PAS, Hasbullah Mohd Ridzwan mempertahankan kerusi DUN Gombak Setia dengan majoriti 1,681 undi manakala wakil rakyat Parti Amanah Negara (PAN), Saari Sungib yang dahulu PAS mempertahankan kerusi DUN Hulu Kelang dengan majoriti 2,811 undi.

Wakil rakyat PKR pula, Amirudin Shari mempertahankan kerusi DUN Batu Caves dengan majoriti 3,261 undi.

Di atas kertas... kerusi Parlimen Gombak dan tiga DUN di bawahnya akan menjadi laluan sukar buat Azmin, Amiruddin Saari dan Saari Sungib. Boleh terbayang Azmin akan 'angkat kaki' jika tak mahu kalah pada pilihanraya umum yang dijangka kurang 100 hari lagi ini.


Demikianlah Artikel Sembilu buat Azmin... PAS lancar jentera tawan Parlimen Gombak

Sekianlah artikel Sembilu buat Azmin... PAS lancar jentera tawan Parlimen Gombak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sembilu buat Azmin... PAS lancar jentera tawan Parlimen Gombak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/sembilu-buat-azmin-pas-lancar-jentera.html

Subscribe to receive free email updates: