Silap saya tak berjabat tangan : Hafreez

Silap saya tak berjabat tangan : Hafreez - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Silap saya tak berjabat tangan : Hafreez, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Silap saya tak berjabat tangan : Hafreez
link : Silap saya tak berjabat tangan : Hafreez

Baca juga


Silap saya tak berjabat tangan : Hafreez

PELAKON Hafreez Adam, 28, menafikan dia mempunyai masalah dengan pelakon Nazim Othman, 34, gara-gara tidak bersalaman ketika mahu meninggalkan majlis sidang media drama Monalisa, baru-baru ini.

Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan ketika dihubungi berkata insiden itu tidak disengajakan kerana dia mengejar masa untuk urusan peribadi.

“Saya dengan Nazim memang tidak ada masalah di lokasi. Hubungan kami baik-baik saja sebagai rakan pelakon. Cuma, memang silap saya tidak bersalam dengan dia (Nazim) ketika mahu meninggalkan majlis itu.

“Saya tidak sengaja disebabkan mengejar masa. Malah, memang saya sendiri terlepas pandang dan ingat kami sudah bersalaman.

“Ia hanya disedari apabila seorang kru produksi yang keluar bersama saya dari majlis itu bertanya kenapa tidak salam Nazim?,” jelasnya.

Hafreez berkata dia tahu perkara itu akan menjadi perbualan wartawan kerana Nazim berada di meja wakil media untuk sesi temubual.

“Bukan niat saya untuk cari publisiti mudah begini. Saya tegaskan lagi, ia tidak disengajakan.

“Apapun, saya akan berjumpa secara peribadi dengan Nazim di lokasi penggambaran drama Monalisa untuk meminta maaf kepadanya.

“Nazim, seorang yang baik dan dia banyak membantu saya di lokasi penggambaran. Namun, saya yang buat silap kerana tidak bersalaman dengannya.

“Perkara ini pun bukan satu isu. Saya tahu Nazim akan faham dengan penjelasan diberikan nanti,” katanya.

Hafreez akan masuk semula ke set penggambaran drama Monalisa yang diadaptasi dari drama popular Korea 2013, Two Women’s Room pada Isnin ini.

Penggambaran 80 episod yang dijadualkan berakhir pada April ini, menggandingkan Hafreez, Nazim, Zara Zya dan Mona Allen sebagai pelakon utama.

The post Silap saya tak berjabat tangan : Hafreez appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Silap saya tak berjabat tangan : Hafreez

Sekianlah artikel Silap saya tak berjabat tangan : Hafreez kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Silap saya tak berjabat tangan : Hafreez dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/silap-saya-tak-berjabat-tangan-hafreez.html

Subscribe to receive free email updates: