Siti belum bersalin lagi: Rozi

Siti belum bersalin lagi: Rozi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siti belum bersalin lagi: Rozi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siti belum bersalin lagi: Rozi
link : Siti belum bersalin lagi: Rozi

Baca juga


Siti belum bersalin lagi: Rozi

PENGURUS yang juga kakak ipar kepada penyanyi nombor satu negara, Rozi Abdul Razak, menafikan khabar angin bahawa Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah selamat bersalin.

Rozi menerusi Instagram peribadinya turut meminta pihak luar tidak membuat dan menyebarkan khabar angin.

Bahkan Siti, 39, masih sempat menyelesaikan beberapa tugasan biarpun kini sarat hamil.

“Belum…belum…bersalin lagi, jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni.

“Masih juga sempat melapangkan waktu menyelesaikan beberapa tugasan,” tulisnya beserta gambar bersama Siti, yang kelihatan cukup berseri.

Malah Rozi, 44, juga sempat mengimbau kenangannya ketika sarat hamil suatu ketika dahulu.

“Saya dulu masa uruskan Siti, esok nak bersalin, hari ni masih bekerja keras.

“Siap masak nasi minyak dan menjamu rakan-rakan sekerja lagi sebab nanti akan lama berpantang, tak boleh makan macam-macam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti juga menerusi perkongsian terbaru di Insta Stories Instagramnya turut berkongsi gambar yogurt dan menyifatkan makanan itu adalah penyelamat dari pedih hulu hati sepanjang kehamilan.

Siti dijangka akan bersalin anak sulungnya dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.

Dia yang baru sahaja melancarkan single Comel Pipi Merah akan melahirkan cahaya mata perempuan secara pembedahan.

Rata-rata peminat tidak sabar untuk melihat anak sulung Tuk Ti ini.

Kami juga turut teruja menanti kelahiran cahaya mata sulung beliau dan turut mendoakan agar semuanya selamat kelak.

The post Siti belum bersalin lagi: Rozi appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Siti belum bersalin lagi: Rozi

Sekianlah artikel Siti belum bersalin lagi: Rozi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siti belum bersalin lagi: Rozi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/siti-belum-bersalin-lagi-rozi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :