Siti Nurhaliza & Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Puteri Sulung

Siti Nurhaliza & Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Puteri Sulung - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siti Nurhaliza & Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Puteri Sulung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siti Nurhaliza & Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Puteri Sulung
link : Siti Nurhaliza & Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Puteri Sulung

Baca juga


Siti Nurhaliza & Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Puteri Sulung

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Berita gembira tersebut dikongsi menerusi laman Instagram miliknya, @ctdk. Beliau selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Kedua-duanya kini berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Sementara itu, suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

..

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.

The post Siti Nurhaliza & Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Puteri Sulung appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Siti Nurhaliza & Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Puteri Sulung

Sekianlah artikel Siti Nurhaliza & Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Puteri Sulung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siti Nurhaliza & Suami Bersyukur Sambut Kelahiran Puteri Sulung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/siti-nurhaliza-suami-bersyukur-sambut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :