Suami Izreen Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu

Suami Izreen Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami Izreen Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami Izreen Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu
link : Suami Izreen Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu

Baca juga


Suami Izreen Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu

Ikatan perkahwinan selama lima tahun di antara pemuzik bebas Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, dan Intan Liana Saleh kini telah pun terlerai.

Suami kepada aktres Izreen Azminda itu melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya dengan talak satu, bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, kira-kira jam 9.50 pagi Khamis.

Seperti yang dilaporkan mStar online, lafaz dibuat Ude di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Intan untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Suasana dalam galeri sebelum itu pilu apabila Shaiful memerintahkan pasangan itu bermaaf-maafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami-isteri sebelum lafaz dibuat Ude. Intan menitiskan air mata ketika bersalaman dengan Ude dan selepas lafaz cerai dibuat lelaki itu.

Pada 30 November tahun lalu, Ude selaku plaintif kes berkenaan memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Intan.

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh Shaiful alasan Ude memohon bercerai, lelaki itu memberitahu mahkamah keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Kedua-duanya hadir di mahkamah bersama peguam masing-masing.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, tiga tahun, serta Ariq Muqri, satu tahun.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.

The post Suami Izreen Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Suami Izreen Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu

Sekianlah artikel Suami Izreen Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami Izreen Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/suami-izreen-ceraikan-isteri-pertama.html

Subscribe to receive free email updates: