link : Swafoto Pertama Kim Tae Hee Selepas 5 Bulan Bergelar Ibu
Swafoto Pertama Kim Tae Hee Selepas 5 Bulan Bergelar Ibu
Hampir lima bulan ‘berehat’ kerana melahirkan anak sulung, akhirnya aktres jelita Korea, Kim Tae Hee kembali menyapa dan bertanya khabar kepada peminatnya menerusi laman sosial.
Pada 21 Mac, isteri kepada bintang Hallyu popular Rain ini memuat naik dua keping gambar swafoto di Instagram berserta kapsyen panjang.
Apa khabar kamu semua? Saya kini dilokasi penggamaran iklan pertama saya selepas beberapa bulan berehat.
“Saya fikir cuaca awalnya sudah hangat tetapi masih dingin lagi. Hati-hati dan jangan sampai dijangkiti demam. Saya akan kembali sibuk dengan penggambaran tidak lama lagi dan sementar itu, diharapkan semuanya sihat dan bahagia,” tulisnya.
..
Posting tersebut dibanjiri komen peminat dan rata-rata gembira dengan kemunculan semula pelakon drama My Princess ini serta tidak sabar untuk menonton lakonan terbarunya.
Aktres yang juga digelar sebagai wanita paling jelita Korea pernah berkunjung ke Malaysia buat pertama kali pada Mac 2017 sempena pembukaan butik jenama Bonia, di Pavilion Kuala Lumpur.
Kim Tae Hee dan Rain berkahwin pada 19 Januari tahun lalu. Pada Oktober lalu, dia Tae Hee dilaporkan melahirkan seorang anak perempuan.
Bagaimanapun sehingga sekarang, pasangan ini belum bersedia berkongsi wajah mahupun mengumumkan nama puteri sulung mereka kepada umum.
The post Swafoto Pertama Kim Tae Hee Selepas 5 Bulan Bergelar Ibu appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Swafoto Pertama Kim Tae Hee Selepas 5 Bulan Bergelar Ibu
Anda sekarang membaca artikel Swafoto Pertama Kim Tae Hee Selepas 5 Bulan Bergelar Ibu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/swafoto-pertama-kim-tae-hee-selepas-5.html