Tidak mustahil PH bertanding sesama sendiri di Selangor - Shukur Idrus

Tidak mustahil PH bertanding sesama sendiri di Selangor - Shukur Idrus - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak mustahil PH bertanding sesama sendiri di Selangor - Shukur Idrus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak mustahil PH bertanding sesama sendiri di Selangor - Shukur Idrus
link : Tidak mustahil PH bertanding sesama sendiri di Selangor - Shukur Idrus

Baca juga


Tidak mustahil PH bertanding sesama sendiri di Selangor - Shukur Idrus

SHAH ALAM: Tidak mustahil parti komponen Pakatan Rakyat (PH) akan bertanding sesama mereka di DUN Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Umno Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukur Idrus.

Ujarnya, kegagalan PH Selangor memuktamadkan agihan kerusi selain percanggahan kenyataan sesama mereka membayangkan rundingan itu mustahil untuk diselesaikan.

“Kita di peringkat Barisan Nasional (BN) kita menunggu (dan lihat) dan kita tidak merasakan muafakat mereka ini tidak akan berlaku. Akhirnya mereka sendiri (parti komponen) akan bertanding antara satu sama lain.

“Saya dimaklumkan memang tidak ada satu muafakat dibuat sehingga hari ini oleh parti-parti pakatan ini. Masing-masing begitu teruja nak bertanding dan merasakan mereka akan terus memerintah di Selangor ini. Maka itu, mereka berebut antara satu sama lain untuk menjadi calon,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Bukan hanya di Selangor, PH di beberapa negeri sebelum ini dilaporkan gagal dalam rundingan agih kerusi dan memaksa PH Pusat mengambil alihnya.

Malah rakyat serta penyokong PH dikejutkan dengan beberapa insiden seperti Amanah Johor memulaukan Konvensyen kedua PH di Shah Alam baru-baru ini kerana membantah agihan kerusi Parlimen yang diterimanya.

Malah Konvensyen PH Negeri Sembilan menyaksikan ahli akar umbi PPBM mengamuk berikutan tidak berpuas hati dengan agihan kerusi.

Di Selangor sendiri, pemimpin empat parti saling berbalas kenyataan berhubung agih kerusi.

Semua perkembangan itu ujar Shukur semakin membuka mata rakyat bahawa PH kini dibelit perbalahan dalaman hanya kerana berebut kerusi dan mahu menjadi calon PRU14.

“Mereka hari ini begitu teruja nak jadi calon kerana mereka terlalu yakin bahawa mereka akan terus memimpin Selangor ini. Walaupun sebenarnya rakyat dah pun melihat perbalahan mereka.

“Apa pun kita sama-sama lihat dan rakyat boleh nilai kalau dalam nak menentukan calon pun begini rupa. Apatah lagi mereka nak meneruskan pemerintahan di Selangor ini,” tambahnya.

Semalam, Pengerusi Amanah Selangor Ir. Izham Hashim memaklumkan kepada Antarapos, rundingan berkenaan kini diambil alih PH Pusat dan dijangka diselesaikan pada minggu depan.

Namun ia dinafikan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jeyakumar dan mendakwa rundingan berkenaan masih berjalan di peringkat negeri.

Kerusi yang menjadi pertikaian hangat parti komponen PH Selangor adalah 12 kerusi yang dimenangi BN dan 13 kerusi milik PAS.

Untuk rekod, Selangor mempunyai 56 kerusi DUN di seluruh negeri. 


Demikianlah Artikel Tidak mustahil PH bertanding sesama sendiri di Selangor - Shukur Idrus

Sekianlah artikel Tidak mustahil PH bertanding sesama sendiri di Selangor - Shukur Idrus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak mustahil PH bertanding sesama sendiri di Selangor - Shukur Idrus dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/tidak-mustahil-ph-bertanding-sesama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :