Tinjauan Invoke Hanyalah Propaganda Pilihan Raya...Tak Boleh Pakai Rafizi Ni

Tinjauan Invoke Hanyalah Propaganda Pilihan Raya...Tak Boleh Pakai Rafizi Ni - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tinjauan Invoke Hanyalah Propaganda Pilihan Raya...Tak Boleh Pakai Rafizi Ni, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tinjauan Invoke Hanyalah Propaganda Pilihan Raya...Tak Boleh Pakai Rafizi Ni
link : Tinjauan Invoke Hanyalah Propaganda Pilihan Raya...Tak Boleh Pakai Rafizi Ni

Baca juga


Tinjauan Invoke Hanyalah Propaganda Pilihan Raya...Tak Boleh Pakai Rafizi Ni

PEMIMPIN PKR, Rafizi Ramli melalui pertubuhan diketuainya baru-baru ini menerbitkan dapatan kajian terbarunya yang dengan gah sekali mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan menang lima negeri; Kedah, Perak, dan Johor, mengekalkan penguasaan di Selangor dan Pulau Pinang.
Hasil kajian yang baru diumumkan ini sama sahaja dengan kajian-kajian sebelum ini yang bertujuan untuk menyebarkan propaganda Rafizi dan kroninya semata-mata.

Kajian dibuat oleh Invoke dibuat hanya untuk mengatakan apa yang mereka perjuangkan benar dan diterima ramai.

Kalau kita perhatikan sejak dulu, kajian diumumkan pada masa-masa yang terpilih, seperti pengumuman dapatan kajian terbaru yang dibuat semasa kerajaan Selangor yang kuat dihentam akibat isu bekalan air terputus.

Selain untuk menenggelamkan isu kesengsaraan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur ketiadaan air, mood yang boleh dicetuskan oleh dapatan kajian itu juga boleh digunakan untuk membina semula semangat parti-parti PH yang semakin sugul kebelakangan ini ekoran bermacam masalah yang melanda.

Pada masa yang sama, PAS dan UMNO sedang menunjukkan semangat untuk menang besar dalam pilihan raya umum nanti.

Perhimpunan dan perlancaran jentera pilihan raya oleh kedua-dua parti Melayu ini menunjukkan momentum yang kuat menuju PRU14, dan inilah yang mahu dijawab dan dinafikan oleh Rafizi.

Bukan bermakna Rafizi mahu membela Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tetapi kerana untuk menyelamatkan negeri yang dikuasai PKR itu tergugat dan tipis peluang untuk dimenangi lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Sebelum ini pada bulan Mei 2017, Invoke mengeluarkan hasil kajian yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan paling besar daripada kalangan pemimpin pembangkang untuk menjadi Perdana Menteri akan datang.

Hasil kajian diumumkan Rafizi beberapa hari selepas Kongres PKR membuat kempen “Anwar PM ke-7” yang tidak dipersetujui oleh rakan mereka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

PPBM tegas mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi PM kalau PH menang dalam PRU14 nanti.

Selepas Rafizi mengumumkan dapatan itu, Pengerusi Biro Dasar dan Strategik PPBM, Datuk Rais Hussin mempertikaikan seluruh kajian Invoke yang metodologinya tidak jelas dan meragukan.

Kajian oleh Rafizi itu meletakkan Mahathir di kedudukan ketiga selepas Anwar (23.5 peratus), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (17.6 peratus). Mahathir hanya dipilih oleh 16.5 peratus responden.

Pada Disember tahun lepas, kajian Invoke mendapati dalam pertandingan tiga penjuru PRU14, PAS akan kalah teruk.

Kata Rafizi, PH boleh menang 115 kerusi dalam PRU14 nanti sekiranya sentimen menolak Barisan Nasional berterusan.

Kajian ini juga bertujuan untuk menakutkan PAS supaya segera menyertai PH dan bersama-sama melawan BN dalam pilihan raya nanti.

Selepas sedar tanpa PAS mereka akan menghadapi kesukaran, PH cuba mencetuskan ketakutan supaya PAS akan bersama gabungan mereka.

Kajian-kajian Invoke telah dikritik hebat oleh ramai pihak termasuk tokoh-tokoh akademik, paling lantang Dr Kamarul Zaman Yusoff yang pernah mengatakan yang Invoke boleh dianggap satu perang psikologi mensasarkan BN dan PAS.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia itu berkata Invoke yang diketahui dimiliki oleh Rafizi diragui boleh bersikap objektif dan tidak perlu dipandang serius oleh rakyat.

Yang pasti, ini bukan kajian terakhir dan bukan yang paling menggemparkan akan disebar oleh Invoke.

Banyak lagi yang akan dihebahkan sebagai sebahagian perang propaganda menuju PRU14 nanti.


Demikianlah Artikel Tinjauan Invoke Hanyalah Propaganda Pilihan Raya...Tak Boleh Pakai Rafizi Ni

Sekianlah artikel Tinjauan Invoke Hanyalah Propaganda Pilihan Raya...Tak Boleh Pakai Rafizi Ni kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tinjauan Invoke Hanyalah Propaganda Pilihan Raya...Tak Boleh Pakai Rafizi Ni dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/tinjauan-invoke-hanyalah-propaganda.html

Subscribe to receive free email updates: