link : Tun M mahu takutkan pengundi Melayu terhadap PAS
Tun M mahu takutkan pengundi Melayu terhadap PAS
SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sudah nyanyuk dengan mengeluarkan kenyataan tidak waras apabila menuduh PAS 'bukan parti Islam' kerana mengambil kira pandangan bukan Islam dalam pembentukan manifesto pilihan rayanya.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata, mantan perdana menteri itu cuba menghidupkan kembali isu 'kafir-mengkafir', sebagai cubaan untuk 'menjauhkan' pengundi Melayu daripada parti berteras Islam itu.
"Saya rasa Dr Mahathir itu memberi pandangan dalam keadaan dia tidak waras. PAS tidak pernah sebut pun kalau campur dengan bukan Islam ini jadi kafir. Kita sepanjang yang saya lihat dalam sejarah ini, kita tidak pernah sebut kalau kita berkawan dengan bukan Islam, kalau kita berbaik dengan Islam kita jadi kafir.
"Apa yang saya nampak Mahathir cuba untuk menggunakan isu kafir-mengkafir dulu ini sebagai isu yang cuba melarikan banyak pihak daripada PAS. Kenyataan itu adalah satu kenyataan yang keluar daripada akal yang tidak waras. Mungkin Dr Mahathir itu saya boleh sebut nyanyuk, orang tua yang sudah sampai ke peringkat nyanyuk," katanya kepada Antarapos hari ini.
Pemimpin veteran itu semalam dilaporkan menyindir manifesto PAS bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang turut merangkumi pandangan daripada masyarakat bukan Islam.
Dr Mahathir secara sinis berkata, PAS tidak akan mampu menerima ahli bukan Islam kerana terlalu berpegang dengan prinsipnya.
Beliau juga menganggap PAS sebagai parti bukan Islam kerana pernah bekerjasama dengan parti DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ini bukan cubaan kali pertama Dr Mahathir cuba menghidupkan isu ‘kafir-mengkafir’ sebagai serangan ke atas PAS.
Sehubungan itu, Zuhdi berkata, Dr Mahathir sekali lagi cuba memanipulasi isu kafir-mengkafir sebagai senjata untuk menggelakkan pengundi terutama Melayu daripada menyokong PAS, memandangkan PRU14 yang akan tiba pada bila-bila masa.
"Isu ini isu yang Dr Mahathir cuba bangkitkan berulang ulang kali. Saya lihat inilah senjata yang Dr Mahathir nak gunakan untuk menjauhkan terutamanya pengundi Melayu daripada PAS.
"Dia cuba untuk memanipulasikan isu kafir mengkafir sampai sekarang. Isu kafir mengkafir ini adalah isu lama yang sudah pun berlaku begitu lama dimana ada sebab-sebab kalau kita boleh sebut. Ada sebab-sebabnya yang digembar gemburkan zaman Dr Mahathir dulu antaranya untuk melarikan pengundi khususnya orang Melayu daripada PAS," ujarnya.
Tegasnya, dalam sejarah PAS tidak pernah menyebut mana-mana pihak yang bekerjasama dengan bukan Islam adalah kafir, sebaliknya parti itu sebelum ini hanya menyentuh soal batas-batas antara iman dan kufur.
Sebelum ini, Dr Mahathir pernah mengaitkan isu ini dengan Amanat Hadi, dan mempersoalkan mengapa mufti-mufti berdiam diri berhubung isu itu.
Beliau menuduh amanat itu menyebabkan berlakunya isu kafir-mengkafir sehingga tercetusnya tragedi berdarah di Kampung Memali pada 1985.

Demikianlah Artikel Tun M mahu takutkan pengundi Melayu terhadap PAS
Sekianlah artikel Tun M mahu takutkan pengundi Melayu terhadap PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M mahu takutkan pengundi Melayu terhadap PAS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/tun-m-mahu-takutkan-pengundi-melayu.html