“TUNGGU AIR SAMPAI 3 PAGI, TAK SAMPAI-SAMPAI” RAKYAT LEMBAH KLANG MAKIN TERTEKAN

“TUNGGU AIR SAMPAI 3 PAGI, TAK SAMPAI-SAMPAI” RAKYAT LEMBAH KLANG MAKIN TERTEKAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “TUNGGU AIR SAMPAI 3 PAGI, TAK SAMPAI-SAMPAI” RAKYAT LEMBAH KLANG MAKIN TERTEKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “TUNGGU AIR SAMPAI 3 PAGI, TAK SAMPAI-SAMPAI” RAKYAT LEMBAH KLANG MAKIN TERTEKAN
link : “TUNGGU AIR SAMPAI 3 PAGI, TAK SAMPAI-SAMPAI” RAKYAT LEMBAH KLANG MAKIN TERTEKAN

Baca juga


“TUNGGU AIR SAMPAI 3 PAGI, TAK SAMPAI-SAMPAI” RAKYAT LEMBAH KLANG MAKIN TERTEKAN

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam kenyataan semalam memaklumkan gangguan bekalan air di seluruh Kuala Lumpur dan enam kawasan di Selangor dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini.

Ia susulan kerja-kerja pembaikan masih dijalankan ke atas Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) yang pecah di Sungai Selangor Fasa 3 dan hanya dijangka siap hari ini dan bekalan air akan pulih secara berperingkat sehingga jam 6 petang Ahad ini.

Dan tatkala golongan wanita hari ini (8 Mac) meraikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa dan perlu diberikan sokongan untuk terus berjaya dalam kehidupan mereka, namun malangnya kebanyakan ‘heroin’ kita di 427 kawasan sekitar Lembah Klang masih lagi bergelut dengan krisis air ini.

Menyelami masalah air yang semakin hari semakin teruk sejak kebelakangan ini, seorang penghuni flat di Pandah Indah, Rahma Cahayawati, 29, ketika dihubungi Malaysian Digest hari ini meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan Selangor dan pihak pengurusan SYABAS.

RahmaWalaupun SYABAS berkata pihak mereka menyediakan bantuan sebanyak 79 lori tangki air dan 10 lori tangki air jumbo bagi memberikan bantuan kepada pelanggan terjejas, namun Rahma menegaskan sehingga hari ini kawasan kediamannya masih belum menerima apa-apa bekalan air.

“Semalam saya telefon lagi saya nak tanya kar kawasan rumah saya tiada lori air ke? Dia (jurucakap SYABAS) boleh kata ‘tak pasti’, dan setahu saya hanya beberapa kawasan je yang ada lori air seperti di Pandan Jaya. Tak kan kami nak bawa baldi pergi ambil air kat sana?

“Buat aduan pun tiada maklum balas…,” katanya dengan nada kesal.

Rahma yang tinggal bersama ibu dan tiga anak saudaranya menambah keadaan semakin parah apabila beberapa penduduk di kawasan sekitar memberitahu yang mereka juga terpaksa menunggu sehingga jam 3 hingga 4 pagi untuk lori menghantar bekalan air.

“Datang pun satu lori je… satu blok je dapat ambil air, macam mana tu? Kami sekeluarga sehingga terpaksa beli air mineral untuk kegunaan asas termasuk mandi gara-gara air dah kering kontang.

“Makan memang tak sempat nak masak sebab air tiada, dan semalam saya terpaksa pergi ke rumah abang di Damansara untuk kami sekeluarga mandi di sana,” kata pekerja swasta itu.

Beliau yang sudah lebih lapan tahun menatap di flat tersebut mempersoalkan usaha yang dilakukan kerajaan negeri dan SYABAS dalam menyelesaikan masalah ini memandangkan ia bukan pertama kali berkali.

“Isu ini dah lama, dua tahun lepas sehingga dua minggu gangguan bekalan air. Selangor memang kerap ada masalah ini, kalau boleh carilah jalan lain untuk bekalkan air.

“Katakanlah kalau sebulan paip rosak, tak kan kami sebulan tak mandi, tak masak, tak minum… mintalah CEO SYABAS letak jawatan kalau tidak boleh atasi masalah ini, bagi orang lain pula,” katanya sambil menegaskan Selangor kerap berdepan dengan masalah tersebut.

Sementara suri rumah, Faridah Mat Rashid, 29, berkata masalah ini bukan sahaja menganggu urusan kerja rumah, malah turut meningkatkan kos perbelanjaan kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membeli air bersih.Faridah bersama suami dan anak lelakinya yang berusia dua tahun.

“Kerja-kerja rumah seperti cuci baju, basuh pinggan banyak tertangguh…

“Kami sekeluarga juga tak boleh masak dan terpaksa makan di luar, dan ini menyebabkan kami banyak keluarkan duit termasuklah beli air mineral bagi bekalan air bersih untuk minum,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.

Faridah berkata keadaannya yang kini sedang sarat mengandung enam bulan dan ketiadaan suami di rumah kerana keluar bekerja membuatkan beliau tidak mampu melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkut air.

“Tambahan di hujung-hujung kehamilan ni saya kerap ke tandas… Anak saya yang berusia dua tahun juga perlukan air yang banyak untuk pastikan kesihatan dia terjaga seperti tukar lampin setiap 4 jam sekali, mandi, dan bancuh susu.

“Saya risau sekiranya air tak bersih boleh menyebabkan anak terkena jangkitan seperti sakit perut dan muntah,” katanya yang tinggal di sebuah apartmen di Bukit Jalil.

Selain itu, Siti Zaharah CHE’ TAK, 43, berkata perkhidmatan aduan SYABAS juga tidak memberansangkan apabila sukar dihubungi setiap kali mahu membuat aduan mengenai kehabisan air bekalan.

“Malam tadi saya turun untuk ambil air dalam pukul 9, air dalam dua tong besar yang disediakan SYABAS sudah habis… Saya terus hubungi untuk buat aduan, malangnya tak berjaya mungkin kerana jumlah panggilan diterima terlalu ramai.

“Saya tinggalkan pesanan kepada operator, tulis di laman sosial mengenai aduan, namun sehingga hari ini tiada seorang pun wakil SYABAS menghubungi semula saya. Pagi tadi dalam pukul 7 pagi, masih ada penduduk beratur tunggu air yang belum sampai,” katanya yang tinggal di Pandan Jaya.

SYABAS dalam kenyataan terbaharu di laman Twitter rasmi Air Selangor sebentar tadi memaklumkan telah mengaktifkan pili awam bagi para pelanggan yang terjejas untuk mendapatkan bekalan air alternatif di beberapa lokasi.

Namun, semakan Malaysian Digest di laman sosial juga mendapati rata-rata netizen mengeluh mengenai masalah gangguan air selepas mendakwa beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang tidak menerima bekalan air agihan, selain menggesa proses penyaluran semula air dipercepatkan.

Susulan krisis air di Selangor sehingga kini seolah tiada noktah, kerajaan negeri dan SYABAS digesa mencari jalan penyelesaian segera termasuk menyelesaikan segera perjanjian penstrukturan semula industri dengan kerajaan Persekutuan.

Untuk sebarang aduan mengenai gangguan air dan senarai kawasan yang terlibat, orang ramai boleh melayari laman web www.syabas.com.my atau boleh hubungi talian 15300.


Demikianlah Artikel “TUNGGU AIR SAMPAI 3 PAGI, TAK SAMPAI-SAMPAI” RAKYAT LEMBAH KLANG MAKIN TERTEKAN

Sekianlah artikel “TUNGGU AIR SAMPAI 3 PAGI, TAK SAMPAI-SAMPAI” RAKYAT LEMBAH KLANG MAKIN TERTEKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “TUNGGU AIR SAMPAI 3 PAGI, TAK SAMPAI-SAMPAI” RAKYAT LEMBAH KLANG MAKIN TERTEKAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/tunggu-air-sampai-3-pagi-tak-sampai.html

Subscribe to receive free email updates: