“Untuk Apa Saya Dengkikan Neelofa? Saya Tak Ada Penyakit Dengki” – Abby Abadi

“Untuk Apa Saya Dengkikan Neelofa? Saya Tak Ada Penyakit Dengki” – Abby Abadi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Untuk Apa Saya Dengkikan Neelofa? Saya Tak Ada Penyakit Dengki” – Abby Abadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Untuk Apa Saya Dengkikan Neelofa? Saya Tak Ada Penyakit Dengki” – Abby Abadi
link : “Untuk Apa Saya Dengkikan Neelofa? Saya Tak Ada Penyakit Dengki” – Abby Abadi

Baca juga


“Untuk Apa Saya Dengkikan Neelofa? Saya Tak Ada Penyakit Dengki” – Abby Abadi

PELAKON Abby Abadi berkata dia tidak menghina atau menyimpan perasaan iri hati terhadap Neelofa berikutan perkongsiannya mengenai isu pelancaran koleksi tudung baharu keluaran syarikat milik aktres tersebut.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, berkata apa yang dikongsi di laman Instagram miliknya itu merupakan pandangan daripada pakar agama iaitu Ustaz Pahrol Mohammad Juoi.

“Ini ditujukan untuk peminat-peminat Neelofa, bukan Neelofa ya, peminatnya yang salah faham berkaitan isu ni. Bila masa pula saya dengki sampai menghina Neelofa tu? Saya tak ada penyakit dengki tu. Saya nak dengki pada dia untuk apa?

“Cuba rujuk balik wahai adik kakak, berkaitan isu tudung dan Zouk ni, saya ambil pandangan dari Ustaz Pahrol Mohd Joui. Masih ada lagi post tu di Instagram. Saya tak mampu nak tulis sendiri sebab kurang ilmu,” tulisnya di laman tersebut pada Jumaat.

Abby menjelaskan mengenai hal tersebut setelah menerima komen dan kritikan daripada peminat Neelofa yang mempertikaikan tindakan dia berkongsi mengenai isu berkenaan di Instagram, baru-baru ini.

Dalam muat naik terdahulu, Abby berkongsi mengenai pandangan pakar agama berkenaan perbezaan bertudung dan menutup aurat.

Sementara itu, Abby berkata perkongsiannya itu adalah untuk menyedarkan masyarakat yang semakin jauh daripada Allah dan sekadar peringatan untuk menghalang perbuatan maksiat secara terang-terangan.

Ujarnya lagi, dia tidak berniat untuk menghina mana-mana individu dan berharap perkara tersebut tidak berulang di masa akan datang.

“Saya dituduh menghina artis lain walhal saya berkongsi nak menyedarkan. Payah orang kita sebab dah terbiasa hari-hari dengan maksiat, yang mengajak pada Allah pula nampak luar biasa, nampak salah dan sebagainya.

“Saya tak pernah nak dengki dengan siapa-siapa pun dalam industri hari ini sebab saya tak nak ulang kesalahan saya lagi sebab saya takutkan Allah dan berusaha untuk jaga hidayah petunjuk milik Allah ini.

“Demi Allah, buatlah tuduhan apa pun, saya tetap juga nak sedarkan yang mana maksiat terang-terangan, bahaya! Boleh mengundang bala bukan pada pelakunya sahaja, tapi akan dapat pada kita semua,” katanya.

Sebelum ini, Pahrol berkata tindakan Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di kelab malam, tidak menyalahi peraturan Islam jika tujuannya untuk berdakwah namun ia menjadi dosa jika mengundang fitnah.

Menurut pendakwah dan penulis buku itu sesuatu dakwah itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun ia di tempat seperti kelab malam.

Namun ujarnya, sesebuah majlis yang baik itu menjadi haram hukumnya jika ia disertakan dengan tari-menari kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.

The post “Untuk Apa Saya Dengkikan Neelofa? Saya Tak Ada Penyakit Dengki” – Abby Abadi appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Untuk Apa Saya Dengkikan Neelofa? Saya Tak Ada Penyakit Dengki” – Abby Abadi

Sekianlah artikel “Untuk Apa Saya Dengkikan Neelofa? Saya Tak Ada Penyakit Dengki” – Abby Abadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Untuk Apa Saya Dengkikan Neelofa? Saya Tak Ada Penyakit Dengki” – Abby Abadi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/untuk-apa-saya-dengkikan-neelofa-saya.html

Subscribe to receive free email updates: