Warga Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi

Warga Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Warga Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warga Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi
link : Warga Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi

Baca juga


Warga Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi

Seorang tenaga kerja Indonesia (TKI) dihukum pancung di Arab Saudi pada Ahad selepas disabit bersalah membunuh majikannya.

Hukuman ke atas pemuda berasal dari Madura itu disampaikan badan bukan kerajaan (NGO), Migrant Care yang bekerjasama dengan Kementerian Luar Indonesia.

Malangnya, pihak kementerian tidak dimaklumkan oleh kerajaan Arab Saudi sebelum hukuman berkenaan dijalankan.

Tertuduh dikenali sebagai Muhammad Zaini Misrin Arsyad didakwa membunuh majikannya di kota Mekah pada 2004.

Namun menurut Migrant Care, Zaini pernah memberitahu bahawa dia dipaksa mengaku melakukan jenayah terbabit selepas digertak pihak berkuasa negara berkenaan.

Lebih malang, pihak mahkamah juga didakwa gagal menyediakan jurubahasa yang mahir dan neutral.

Tambah NGO itu, Zaini dihukum pancung tepat pukul 11.30 pagi (waktu tempatan).

“Menurut keterangan dari pihak kementerian, pihak berkuasa Arab Saudi sama sekali tidak memaklumkan mengenai hukuman ini,” menurut kenyataan Migrant Care, semalam.

Sementara itu, Pengarah Perlindungan Warga Negara Indonesia (WNI), Lalu Muhammad Iqbal memberitahu pihaknya hanya mengetahui hukuman tersebut menerusi sumber tidak rasmi.

“Kami hanya mengetahuinya (hukuman) beberapa saat sebelum hukuman dijalankan dan serentak itu semua akses telah ditutup,” katanya.

Difahamkan, Presiden Indonesia Joko Widodo telah menulis surat sebanyak dua kali kepada Raja Salman agar kes berkenaan dibicarakan semula.

Malah, pihak kementerian turut mengirim bukti baharu kepada Mahkamah Tinggi Riyadh pada 6 Mac lalu.

Ketika ini, dua lagi warga Indonesia iaitu Tuty Tursilawati dan Eti Toyib yang kedua-duanya berasal dari Jawa Barat turut menunggu hukuman mati di negara berkenaan.

Keduanya disabit bersalah membunuh majikan masing-masing pada 2010.

The post Warga Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Warga Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi

Sekianlah artikel Warga Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Warga Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/warga-indonesia-dihukum-pancung-di-arab_20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :