WORLD BANK PELIK MANSUH GST...ITU LAH BODOH OTAK PIHAK PEMBANGKANG NI

WORLD BANK PELIK MANSUH GST...ITU LAH BODOH OTAK PIHAK PEMBANGKANG NI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul WORLD BANK PELIK MANSUH GST...ITU LAH BODOH OTAK PIHAK PEMBANGKANG NI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : WORLD BANK PELIK MANSUH GST...ITU LAH BODOH OTAK PIHAK PEMBANGKANG NI
link : WORLD BANK PELIK MANSUH GST...ITU LAH BODOH OTAK PIHAK PEMBANGKANG NI

Baca juga


WORLD BANK PELIK MANSUH GST...ITU LAH BODOH OTAK PIHAK PEMBANGKANG NI

KUALA LUMPUR 24 Mac – Persoalan bagaimana Pakatan Harapan diketuai DAP dapat menampung kehila­ngan hasil lebih RM20 bilion akibat pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan sahaja menimbulkan ‘misteri’ dalam ka­langan penganalisis tempatan bahkan turut menjadi tanda tanya pengurusan kanan Bank Dunia.

Malah Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris H. Hadad-Zervos menerusi satu video yang dipetik daripada sebuah portal berkata, Malaysia juga bakal mengalami kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi jika GST dihapuskan ke­rana kehilangan hasil yang banyak.

Sehubungan itu, dalam video itu, beliau mengajukan lima soalan utama andai mahu memansuhkan GST seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan.

1. Apakah sumber pendapatan lain yang diperlukan untuk ne­gara anda selepas GST dimansuhkan?

2. Adakah anda i­ngin bergantung ke­pa­da komoditi se­dang­kan harga­nya tidak menentu mengikut pasaran dunia?

3. Adakah anda ingin mengurangkan portfolio sumber pendapatan di negara ini?

4. Apakah yang anda ingin berikan kepada rakyat apabila melepaskan GST?

5. Apakah perkhidmatan, manfaat atau apakah perbelanjaan yang akan anda lupuskan?

Janji Pakatan Harapan menghapuskan GST dan me­ngembalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dianggap ra­mai sebagai janji po­pulis kerana tidak pernah menerangkan ba­gai­mana untuk menampung kekurang­an ha­sil lebih RM20 bilion akibat langkah tersebut.

Ini berikutan SST bukanlah mekanis­me cukai yang cekap dan dijangka hanya mampu mengutip kira-kira RM17 bi­lion.

Dalam pada itu, menurut Hadad-Zer­vos, pelaksanaan GST berjaya membantu kerajaan memberikan bantuan tunai kepada golongan sasar menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dapat me­ngurangkan pe­ningkatan kos sara hidup.

Sedangkan, pelaksanaan GST antara yang terendah di dunia di samping banyak memberikan pengecualian atau kadar sifar untuk barangan mentah, keperluan dan perkhidmatan penting seperti pendidikan.

Walau bagaimanapun, katanya, pemberian BR1M perlu ditambah baik dan lebih berfokus dengan mengikut lokasi serta bilangan ahli keluarga.

“Keluarga di Kelantan yang menerima BR1M memperoleh bayaran yang sama dengan keluarga di Kuala Lumpur. Selain itu, keluarga yang terdiri daripada lima orang anak juga turut menerima jumlah yang sama keluarga yang mempunyai seorang anak.

“Jadi ia sebenarnya perlu lebih diperincikan dan dibuat dengan teliti mengikut sasaran. Dengan GST juga mereka akan memperoleh wang untuk terus berbelanja (menerusi BR1M) walaupun di Malaysia kadarnya antara terendah,” katanya seperti disiarkan 


Demikianlah Artikel WORLD BANK PELIK MANSUH GST...ITU LAH BODOH OTAK PIHAK PEMBANGKANG NI

Sekianlah artikel WORLD BANK PELIK MANSUH GST...ITU LAH BODOH OTAK PIHAK PEMBANGKANG NI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel WORLD BANK PELIK MANSUH GST...ITU LAH BODOH OTAK PIHAK PEMBANGKANG NI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/world-bank-pelik-mansuh-gstitu-lah.html

Subscribe to receive free email updates: