link : Zein Isma hairan Azmin berbangga dengan prestasinya
Zein Isma hairan Azmin berbangga dengan prestasinya
SHAH ALAM: Bagaimana Menteri Besar Selangor boleh berbangga dengan prestasi kepimpinannya di negeri itu ketika berucap pada majlis pelancaran Manifesto Pakatan Harapan (PH) 9 Mac lalu?
Itu soalan yang dilontarkan Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail pada ketika rakyat negeri itu menderita akibat ganguan bekalan air, minggu lalu.
"Manifesto PH menabur pelbagai janji, sama seperti mana janji (Datuk Seri) Mohamed Azmin (Ali) dan kerajaan PKR yang turut dianggotai oleh DAP dan PAS bagi memastikan kesejahteraan rakyat.
"Ketika mula mentadbir kerajaan, mereka dilihat hebat apabila menjanjikan air percuma tetapi kesudahannya janji hanya tinggal janji, rakyat Selangor menderita sekali lagi apabila bekalan air terputus," katanya dalam ruangan rencana, akhbar Utusan Malaysia, hari ini.
Zein juga membidas Mohamed Azmin yang terus kekal mengamalkan politik 'tuding jari' terutama dalam krisis bekalan air dengan menuduh kerajaan pusat bertanggungjawab, sedangkan masalah itu tidak akan melanda sekiranya kerajaan negeri tidak melengah-lengahkan pengstrukturan semula.
Ujarnya, Timbalan Presiden PKR itu boleh sahaja mengamalkan amalan politik 'tuding jari' namun namun rakyat semkain memahami bahawa sejak beliau memegang mandat Menteri Besar, negeri itu 'dilumuri' pelbagai masalah dan skandal.
"Isu perumahan rakyat tidak selesai, penjualan tanah di Ijok penuh misteri dan terbaharu krisis pula berlaku sehingga mendatangkan penderitaan kepada lebih dua juta penduduk Selangor," ujarnya.
Beliau turut mengambil contoh, kemelut yang melanda pasukan bola sepak Selangor, The Red Giants yang dianaktirikan apabila dilarang bermain di gelanggang tradisi mereka iaitu Stadium Shah Alam, dengan pelbagai alasan.
"Sepatutnya dalam menangani isu berkaitan rakyat, Mohamed Azmin perlu berjiwa besar sebagai pemimpin. Kehebatan seorang pemimpi bukan terletak pada kehebatannya berhujah atau menabur janji kepada rakyat tetapi lebih kepada memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.
"Bagaimanapun keadaan itu tidak berlaku di Selangor, kerajaan negeri lebih banyak mahu bermain politik biarpun bukan pada musim pilihan raya dan sekarang Mohamed Azmin bersama-sama DAP dan PPBM menabur pula janji baru menerusi manifesto yang kononnya menjanjikan harapan kepada rakyat," tambahnya.
Sehubungan itu beliau mengharapkan rakyat tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji kosong yang terkandung dalam manifesto PH ekoran hampir keseluruhannya sudah pun dilaksanakan Kerajaan Pusat.

Demikianlah Artikel Zein Isma hairan Azmin berbangga dengan prestasinya
Sekianlah artikel Zein Isma hairan Azmin berbangga dengan prestasinya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zein Isma hairan Azmin berbangga dengan prestasinya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/zein-isma-hairan-azmin-berbangga-dengan.html