link : 5 Cabang PKR Perak Tak Setuju PPBM Guna Logo PKR
5 Cabang PKR Perak Tak Setuju PPBM Guna Logo PKR
IPOH — Lima cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak tidak bersetuju dengan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggunakan logo parti itu untuk calon-calonnya yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan.
Ketua Cabang PKR Tapah, Adanan Talib berkata penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan (PH) menyebabkan ‘hak’ PKR dirampas apabila pencalonan terpaksa diserahkan kepada parti itu, yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Bukan soal logo sahaja tetapi kemasukan PPBM (dalam PH) mengakibatkan banyak kerusi yang sepatutnya ditandingi PKR terpaksa dikorbankan untuk PPBM tanpa persetujuan akar umbi di Perak.
“…ada kawasan yang tiada calon PKR langsung walaupun kami sudah lama bertapak di kawasan itu,” kata pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir empat lagi ketua cabang iaitu Mohd Khair Mohd Zainal (Kuala Kangsar), Usaili Alias (Parit), Kaha Othman (Gerik) dan Id Azalan Shah Banyamin (Lenggong).
Adanan mendakwa anggota akar umbi turut membangkitkan sama ada PPBM adalah aset atau liabiliti kepada PH, dan beliau secara peribadi berpendapat parti itu liabiliti buat pakatan pembangkang.
Sementara itu, Id Azalan berkata persediaan berkempen di kawasan masing-masing menjadi sukar apabila difahamkan calon dari parti ‘payung terjun’ tiba-tiba dicalonkan dan menggunakan logo PKR.
“Secara jujurnya, kita maklumkan kepada jentera agar bertenang dan terus buat kerja tetapi akar umbi ingin calon yang mereka kenal… bukannya calon yang hanya datang waktu pilihan raya selepas itu hilang.
“Ketua-ketua cabang yang perlu menjawab kepada anggota dan pengundi tentang hal ini. Hati rakyat sudah kita sentuh tetapi yang datang (calon) adalah orang baharu yang tidak dikenali. Sudah pasti rakyat sukar memilihnya,” kata beliau.
Beliau mendakwa lima kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Perak yang sepatutnya diberikan kepada PKR akan diserahkan kepada calon PPBM termasuk di Lumut, Tapah, Gerik, Bukit Chandan dan Bota. — BERNAMA

Demikianlah Artikel 5 Cabang PKR Perak Tak Setuju PPBM Guna Logo PKR
Sekianlah artikel 5 Cabang PKR Perak Tak Setuju PPBM Guna Logo PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 5 Cabang PKR Perak Tak Setuju PPBM Guna Logo PKR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/5-cabang-pkr-perak-tak-setuju-ppbm-guna.html