link : “Ada Cakap Saya Kahwin Lari Sedangkan Nikah di Masjid – Bienda
“Ada Cakap Saya Kahwin Lari Sedangkan Nikah di Masjid – Bienda
Penyanyi Bienda mengakui berasa lucu mengenangkan gosip yang pernah timbul mengenai dia kononnya kahwin lari di Thailand sedangkan dakwaan itu sama sekali tidak benar.
Dedah anak kepada penyanyi dangdut Sheeda ini, majlis pernikahannya telah berlangsung di masjid bersebelahan rumah ibunya di Gombak dan bukanlah di Thailand seperti yang diperkatakan.
“Kelakar apabila ada pihak cakap yang saya rahsiakan pernikahan sebab kahwin lari dekat Thailand. Sedangkan saya nikah di masjid sebelah rumah ibu di Gombak,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.
Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 33, bernikah dengan produser, Kamarul Zariman Abd Rahman pada pada 10 Oktober 2009 dan melangsungkan majlis persandingan selepas setahun kemudian.
Sebelum ini, Bienda mengambil keputusan untuk berdiam diri apabila ditanya mengenai majlis akad nikahnya menyebabkan timbul pelbagai spekulasi.
Berkongsi sebab mengapa dia berahsia ketika itu, Bienda berkata dia tidak mahu menyusahkan keluarganya.
“Sudah tiba masanya saya berkongsi dengan semua orang yang kami telah bernikah pada 10 Oktober 2009 dan setahun kemudian barulah majlis persandingan diadakan.
“Saya merahsiakan perkara itu sebab tidak mahu menyusahkan keluarga. Ketika tu, fokus utama kami bekerja keras simpan duit untuk beli rumah dan barulah fikir pasal majlis sanding pula.
“Saya tak nak guna duit keluarga dan tidak mahu orang salah anggap kata saya tak ada duit nak minta simpati daripada mana-mana pihak” terangnya.
Bienda dan suaminya dikurniakan dua orang perempuan bernama Lavienda Namiraz, 6, dan Laxiendra Namiraz yang kini berusia 4 tahun.
Mengenai perkembangan karier, dia kini muncul dengan lagu terbaru, Jaga Hati ciptaan DJ Fuzz.
The post “Ada Cakap Saya Kahwin Lari Sedangkan Nikah di Masjid – Bienda appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Ada Cakap Saya Kahwin Lari Sedangkan Nikah di Masjid – Bienda
Anda sekarang membaca artikel “Ada Cakap Saya Kahwin Lari Sedangkan Nikah di Masjid – Bienda dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/ada-cakap-saya-kahwin-lari-sedangkan.html