link : AHLI PKR KECEWA MAHATHIR GUNA LOGO
AHLI PKR KECEWA MAHATHIR GUNA LOGO
PETALING JAYA: Sekumpulan ahli akar umbi PKR hari ini memberi tempoh enam hari kepada pemimpinnya untuk mengeluarkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menggunakan logo parti itu.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang, Perak, Muhamad Faisal Zainal, berkata jika tuntutan itu tidak dipenuhi dalam tempoh berkenaan, mereka akan mengambil beberapa tindakan drastik.
Terdahulu, kira-kira 50 ahli PKR dari Perak, Kedah, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berhimpun di hadapan ibu pejabat PKR, di sini, bagi membantah penggunaan logo PKR oleh Dr Mahathir.
Muhamad Faisal ketika ditemui berkata, ahli akar umbi PKR kecewa apabila pemimpin PKR pusat membenarkan bekas perdana menteri itu menggunakan logo parti terbabit.
Katanya, PKR ditubuhkan kerana tindakan Dr Mahathir sebelum ini dan keputusan membenarkan pemimpin itu bertanding atas tiket PKR dan mahu melantiknya semula sebagai perdana menteri adalah tindakan tidak berprinsip.
“Kami akui, Malaysia perlukan perubahan dari aspek pentadbiran, namun perubahan itu bukanlah dengan memberikan semula kuasa kepada Dr Mahathir.
“Jadi, pada hari ini kami mahu tuntut dua perkara iaitu tidak membenarkan Dr Mahathir menggunakan logo PKR dan kedua, mengeluarkan nama bekas perdana menteri itu sebagai calon (atas tiket) PKR.
“Jika enggan, kami telah putuskan beberapa tindakan yang hanya akan diumumkan apabila tiba masanya nanti,” katanya sambil mendakwa bantahan itu disokong kira-kira kira-kira 120,000 ahli akar umbi PKR seluruh negara.
Muhamad Faisal berkata, PKR harus sedar tujuan penubuhannya pada April 1999 adalah disebabkan tindakan zalim bekas perdana menteri itu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang ahli PKR dari Sabak Bernam, M Veerappan, berkata, mereka amat kecewa apabila PKR membuat keputusan berkenaan tanpa bertanya kepada ahli melalui Persidangan Khas Parti bagi membincangkan hal penggunaan logo PKR pada rakan pakatan pembangkang.
“Kami boleh menerima DAP atau PAN (Parti Amanah Negara) tapi kami keberatan untuk menerima Dr Mahathir kerana kezaliman serta rakusnya beliau menolak PKR sewaktu beliau menjadi perdana menteri dahulu.
“Kini, setelah BN tidak mahu beliau (Dr Mahathir) lagi, kita kutip beliau malah beri pula peluang untuknya guna logo kita dan ia sememangnya kerja gila,” katanya.
Beliau berkata jika Dr Mahathir berasa dirinya terlalu hebat, beliau sepatutnya bertanding sebagai calon bebas.
“Kami cabar beliau bertanding bebas seperti dilakukan Datuk Dr Ibrahim Ali (Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan Tan Sri Shahrir Samad atau adakah kerana beliau takut,” katanya.
Dalam bantahan yang berlangsung hampir satu jam itu, peserta dilihat memegang sepanduk tertera ‘Singkir Mahathir Dari Lambang PKR’, ‘Mahathir adalah musuh sebenar PKR’ dan ‘PKR jangan jadi pelacur kepada Tun Mahathir’.
Selain itu, kumpulan itu juga menyerahkan memorandum tuntutan satu muka surat kepada wakil PKR pusat, Faris Abdullah.

Demikianlah Artikel AHLI PKR KECEWA MAHATHIR GUNA LOGO
Sekianlah artikel AHLI PKR KECEWA MAHATHIR GUNA LOGO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AHLI PKR KECEWA MAHATHIR GUNA LOGO dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/ahli-pkr-kecewa-mahathir-guna-logo.html