link : Anak-anak, Kerjaya Sumber Kekuatan Ziana Zain
Anak-anak, Kerjaya Sumber Kekuatan Ziana Zain
Timbul dakwaan penyanyi popular Ziana Zain dan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri dilihat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin lalu dipercayai bagi urusan kes tuntutan cerai.
Armin dikatakan tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan meminta agar kes mereka dibawa kepada jawatankuasa pendamai.
Memetik laporan Harian Metro, Ziana memberitahu dia dan suaminya perlu melalui beberapa proses termasuk sesi kaunseling.
“Kami belum cakap apa-apa,” komennya ringkas.
Meskipun berdepan dengan konflik tersebut, ibu kepada empat cahaya mata ini bagaimanapun menegaskan anak-anak dan kerjaya seni kini menjadi sumber kekuatan dirinya.
Dia turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan orang sekeliling yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata semangat.
“Saya tidak bimbang, selagi bergelar artis, baik dan buruk harus juga dihadapi. Bagaimanapun, saya terharu dan berterima kasih atas kasih sayang ditunjukkan orang keliling dan peminat sepanjang berdepan dengan masalah ini.
“Saya percaya Allah Maha Kaya. Sebagai manusia kita harus menjangkakan perkara yang tidak dijangka. Saya sentiasa bersyukur atas sokongan diberikan,” katanya.
Masalah rumah tangga penyanyi lagu hit Puncak Kasih itu mula dihidu selepas suaminya Armin, 53, didakwa atas tuduhan memukul anaknya untuk mengajar mengaji.
Armin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada awal Mac atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di Denai Alam, Shah Alam pada 4 pagi, 25 Februari lalu.
The post Anak-anak, Kerjaya Sumber Kekuatan Ziana Zain appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Anak-anak, Kerjaya Sumber Kekuatan Ziana Zain
Anda sekarang membaca artikel Anak-anak, Kerjaya Sumber Kekuatan Ziana Zain dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/anak-anak-kerjaya-sumber-kekuatan-ziana.html