Anak Lan Perlu Dikuarantin Seminggu Sebelum Hari Pembedahan

Anak Lan Perlu Dikuarantin Seminggu Sebelum Hari Pembedahan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Lan Perlu Dikuarantin Seminggu Sebelum Hari Pembedahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Lan Perlu Dikuarantin Seminggu Sebelum Hari Pembedahan
link : Anak Lan Perlu Dikuarantin Seminggu Sebelum Hari Pembedahan

Baca juga


Anak Lan Perlu Dikuarantin Seminggu Sebelum Hari Pembedahan

Penyanyi Lan Solo menjelaskan anaknya Nur Amna Quxandra terpaksa dikuarantin seminggu sebelum hari pembedahan bagi memastikan bayi itu bebas sebarang demam dan masalah boleh menyebabkan pembedahan ditunda.

Bekas vokalis kumpulan Kristal ini bagaimanapun bersyukur dan lega kerana anak keempatnya yang kini berusia dua bulan itu tidak perlu menunggu lama untuk menjalani pembedahan memperbetulkan bibir yang sumbing.

Lan berkata dia dan isterinya, Nur Sheila Hassim merujuk masalah mereka ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap Nur Amna Quxandra mengesahkan mengenai perkara itu.

“Alhamdulillah kami baru lepas bawa Nur Amna Quxandra ke PPUM dan doktor sudah periksa sekeliling serta mendapati cuma ada satu bahagian di langit-langit yang mungkin tidak akan bergigi.

“Itu sahaja satu kesan yang akan ada tetapi tiada lubang yang bersambung sampai ke hidung.

“Pemeriksaan dibuat mendapati bahagian bibir yang sumbing dan terpisah hanya kecil dan insya Allah pada 31 Mei nanti pembedahan akan dibuat di tempat itu,” kata Lan seperti yang dilaporkan Harian Metro.

“Kami terpaksa kuarantin dia betul-betul terutama menjelang hari pembedahan kerana tidak mahu apa dirancang terganggu.

“Sebelum ini kami diberitahu pembedahan tidak dapat dibuat selagi berat Nur Amna Quxandra tidak mencecah lima kilogram tetapi disebabkan sumbingnya terlalu sedikit, ia dapat dilakukan dalam tempoh sebulan dari sekarang,” jelasnya lagi.

Lan dan Sheila bernikah pada 5 Disember 2009. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.

Masalah bibir sumbing yang dihadapi anaknya, mula menjadi perbualan ramai apabila Lan berkongsi fotonya di laman sosial.

Bagaimanapun pasangan ini reda dengan kelahiran anak istimewa ini, apatah lagi Sheila sudah mengetahui kecacatan yang bakal dialami anaknya sejak berusia 27 minggu ketika dalam kandungan lagi.

The post Anak Lan Perlu Dikuarantin Seminggu Sebelum Hari Pembedahan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Anak Lan Perlu Dikuarantin Seminggu Sebelum Hari Pembedahan

Sekianlah artikel Anak Lan Perlu Dikuarantin Seminggu Sebelum Hari Pembedahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Lan Perlu Dikuarantin Seminggu Sebelum Hari Pembedahan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/anak-lan-perlu-dikuarantin-seminggu.html

Subscribe to receive free email updates: