Balas sindiran... Mahathir suruh Hadi jadi guru pondak pulak....Madey Tidak Boleh Diberi Nasihat

Balas sindiran... Mahathir suruh Hadi jadi guru pondak pulak....Madey Tidak Boleh Diberi Nasihat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Balas sindiran... Mahathir suruh Hadi jadi guru pondak pulak....Madey Tidak Boleh Diberi Nasihat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Balas sindiran... Mahathir suruh Hadi jadi guru pondak pulak....Madey Tidak Boleh Diberi Nasihat
link : Balas sindiran... Mahathir suruh Hadi jadi guru pondak pulak....Madey Tidak Boleh Diberi Nasihat

Baca juga


Balas sindiran... Mahathir suruh Hadi jadi guru pondak pulak....Madey Tidak Boleh Diberi Nasihat

Nampaknya Tun Mahathir Mohamad akhir-akhir ini begitu sensitif dan tak boleh bergurau dah.

Usikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menganggap mantan perdana menteri itu lebih sesuai berkhidmat sebagai doktor di Klinik 1 Malaysia berbanding menyertai PRU14 dijawab dengan kasar.

Mahathir menasihatkan Hadi untuk berhenti berpolitik dan mengajar sahaja di sekolah-sekolah pondok selepas ini.

Malah, pemimpin berusia 93 tahun itu juga mengritik Ahli Parlimen Marang itu dan mendakwa beliau tidak mahir dalam bidang politik dan juga urusan pentadbiran apabila gagal mentadbir dan membangunkan Terengganu dengan baik ketika menjadi menteri besar selama satu penggal pada tahun 1999-2004.

"Dia (Hadi) sepatutnya jadi ustaz, bukan masuk politik, dia ajar di kampung-kampung yang mana dia cukup layak tetapi dalam bidang politik dia tidak tahu apa-apa, jauh sekali dalam bidang pentadbiran. Bila dia (Abdul Hadi) dapat Terengganu, dia tadbir apa jadi pada Terengganu.

"Sebab itu saya nasihat Hadi tolonglah awak balik ke sekolah-sekolah dan ajar agama, tetapi agama yang betul bukan agama mengkafir, itu tidak penting, kalau dia tidak tahu cukup pasal agama Islam, saya boleh bagi dia rujuk al-Quran.

"Mengkafirkan orang Islam adalah satu perkara yang dilarang jadi saya fikir dia patut juga pergi belajar lagi supaya fahaman Islam dia lebih mendalam dan balik sini. Kalau dia pandai kita beri dia jadi pensyarah di universiti Islam," katanya dalam satu sidang media Pakatan Harapan pada Selasa.

Selepas Mahathir diumumkan bakal bertanding di kerusi parlimen Langkawi, Abdul Hadi semalam menyindir pemimpin itu agar meneruskan kerjayanya sebagai doktor di klinik kerajaan dan berkhidmat untuk rakyat, dan bukannya masih berpolitik.

Ujar beliau dengan usia yang sudah melebihi 90 tahun, adalah lebih baik jika Mahathir mencurahkan kebajikan kepada rakyat dengan ilmu dalam bidang kedoktoran yang dimilikinya.

Mahathir menjadi calon paling tua untuk bertanding dalam PRU14 selepas dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen Langkawi.

Kali terakhir Mahathir bertanding pada pilihan raya ialah Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.


Demikianlah Artikel Balas sindiran... Mahathir suruh Hadi jadi guru pondak pulak....Madey Tidak Boleh Diberi Nasihat

Sekianlah artikel Balas sindiran... Mahathir suruh Hadi jadi guru pondak pulak....Madey Tidak Boleh Diberi Nasihat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Balas sindiran... Mahathir suruh Hadi jadi guru pondak pulak....Madey Tidak Boleh Diberi Nasihat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/balas-sindiran-mahathir-suruh-hadi-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :