Bekas ADUN DAP mahu tanding di Sg Pinang bawah parti baru

Bekas ADUN DAP mahu tanding di Sg Pinang bawah parti baru - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas ADUN DAP mahu tanding di Sg Pinang bawah parti baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas ADUN DAP mahu tanding di Sg Pinang bawah parti baru
link : Bekas ADUN DAP mahu tanding di Sg Pinang bawah parti baru

Baca juga


Bekas ADUN DAP mahu tanding di Sg Pinang bawah parti baru

PULAU PINANG:ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang keluar DAP semalam mengumumkan beliau akan bertanding di bawah parti politik baru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang mula menyertai DAP pada 2000 dan menjadi wakil rakyat Tanjung Bungah selama dua penggal akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang di sini.

Menurut Yee Cheu, keputusan bertanding semula diambil selepas berasakan penduduk negeri ini memerlukan pihak ketiga untuk memastikan keseimbangan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang kini dilihat dimonopoli parti politik tertentu.

Terdahulu, dalam majlis pagi ini yang dilaporkan Utusan Malaysia, Yee Cheu turut menyerahkan surat peletakan jawatannya daripada DAP dan kad keahlian parti itu kepada Pengerusi DAP Seri Tanjung Bungah, Lim Cheng Ho.

Yee Cheu semalam mengumumkan beliau akan meninggalkan DAP sebaik sahaja Parlimen dibubarkan selepas mengakui tidak lagi selari dengan perjuangan parti berkenaan khususnya dalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau juga antara wakil rakyat DAP yang lantang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri khususnya ketika sidang DUN termasuk bersetuju supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletak jawatan kerana dituduh rasuah dan mendesak supaya jawatan Ketua Menteri dihadkan hanya dua penggal.

Ekoran kelantangannya itu, Yee Cheu ditekan kerajaan negeri dan pemimpin DAP termasuk disekat peruntukan bagi pusat khidmatnya selain kakitangannya turut dipecat.


Demikianlah Artikel Bekas ADUN DAP mahu tanding di Sg Pinang bawah parti baru

Sekianlah artikel Bekas ADUN DAP mahu tanding di Sg Pinang bawah parti baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas ADUN DAP mahu tanding di Sg Pinang bawah parti baru dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/bekas-adun-dap-mahu-tanding-di-sg.html

Subscribe to receive free email updates: