Bekas Peserta AF (2016) Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Bekas Peserta AF (2016) Meninggal Dunia Akibat Kemalangan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Peserta AF (2016) Meninggal Dunia Akibat Kemalangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Peserta AF (2016) Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
link : Bekas Peserta AF (2016) Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Baca juga


Bekas Peserta AF (2016) Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisam, 25, maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan lori di Jalan Tamparuli – Ranau dekat Kampung Kelawat, Tamparuli, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Zahrul Hilmi atau lebih lebih dikenali sebagai Emy maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata nahas itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 dari arah Tamparuli menghala ke Ranau dipercayai hilang kawalan sebaik melalui selekoh di laluan berbukit.

“Susulan itu, motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tiga tan dipandu lelaki berusia 55 tahun.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Mangsa yang berasal dari Kampung Selupoh, di sini, kini adalah anggota kumpulan busker, Buska Basker yang aktif membuat persembahan sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ahmad Daud, 53, ketika ditemui di Hospital Tuaran, berkata anak saudaranya itu keluar rumah dalam keadaan kelam-kabut, namun sempat bersalaman dengan bapanya, Badrul Hisam Kumut, 50-an.

“Menurut ayah mangsa, arwah dikatakan mahu ke Ranau untuk bertemu dengan seorang lagi rakannya dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi, namun rakannya membatalkan niat manakala arwah tetap mahu pergi dan meneruskan perjalanan seorang diri.

“Selalunya dia akan minum dahulu sebelum menunggang motosikal untuk perjalanan jauh, tetapi kali ini tidak dan ia jelas dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya di Kingfisher Sulaman di Kota Kinabalu sebelum bersalam dengan ayahnya,” katanya.

Menurutnya, beberapa hari lalu, arwah yang juga juara Joharockstar 2016 sempat mengadakan persembahan di Tuaran.

“Ibunya dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat dan dijangka tiba di Kuala Lumpur esok sebelum bertolak ke Sabah.

“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah dua hari lalu dan menasihatinya supaya tidak menunggang motosikal terlalu laju dan dia menganggukkan kepala, tak sangka itu senyuman terakhirnya yang saya lihat,” katanya.

Sepupu mangsa, Razeef Rakimin, 30, berkata dia kebetulan berada di Hospital Tuaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan terkejut melihat gambar kemalangan yang viral di aplikasi WhatsApp.

“Sebaik melihat rupa dan kad pengenalan arwah, saya batalkan niat untuk pulang, sebaliknya menunggu jenazah tiba di hospital,” katanya.

The post Bekas Peserta AF (2016) Meninggal Dunia Akibat Kemalangan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bekas Peserta AF (2016) Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Sekianlah artikel Bekas Peserta AF (2016) Meninggal Dunia Akibat Kemalangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Peserta AF (2016) Meninggal Dunia Akibat Kemalangan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/bekas-peserta-af-2016-meninggal-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :