“Berhenti Menyalak, Calon Terdesak” – Kata-kata Azwan Terhadap Azmin

“Berhenti Menyalak, Calon Terdesak” – Kata-kata Azwan Terhadap Azmin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Berhenti Menyalak, Calon Terdesak” – Kata-kata Azwan Terhadap Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Berhenti Menyalak, Calon Terdesak” – Kata-kata Azwan Terhadap Azmin
link : “Berhenti Menyalak, Calon Terdesak” – Kata-kata Azwan Terhadap Azmin

Baca juga


“Berhenti Menyalak, Calon Terdesak” – Kata-kata Azwan Terhadap Azmin

Selebriti kontroversi, Azwan Ali menegur abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mempersoalkan jika beliau diupah untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memetik laporan BH online, Azwan yang dikenali sebagai Diva AA, berkata kenyataan Azmin itu sebaliknya mencerminkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang terdesak, yang berharap untuk kekal di DUN Bukit Antarabangsa.

“Sayang sekali! Ini membuktikan kamu (Azmin) seorang yang malang. Calon yang terdesak. Beliau sudah membuktikan pemikiran kelas bawahannya. Berhenti menyalak. Dosa kamu di tangan saya.

“Diva AA adalah peguam profesional. Tutup mulut kamu sebelum saya saman kamu (Azmin),” kata graduan bidang undang-undang itu, yang juga mendakwa beliau mengetahui banyak rahsia abangnya.

Azwan berkata, beliau memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas di Bukit Antarabangsa untuk menghalang rakyat Selangor daripada terus menerus diperbodohkan oleh Mohamed Azmin, yang juga Menteri Besar sementara dan Timbalan Presiden PKR.

Tambahnya, Mohamed Azmin yang mentadbir Selangor tidak mengotakan janji yang dibuatnya kepada orang ramai.

“Ia hanyalah janji, yang kita lihat tidak dikotakan. Saya juga akan berusaha untuk menghentikan perbuatan politik rasuah termasuk yang ada dalam kerajaan.

“Selain itu, saya (mahu) segera menghentikan krisis air di Selangor. Pemimpin sebelum ini bodoh sombong. Mereka bodoh tetapi bersikap ego,” katanya lagi

Terdahulu, ketika diminta mengulas tentangan daripada adiknya, Azwan di DUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin mempersoalkan agenda Azwan untuk bertanding demi rakyat atau sekadar mengikut telunjuk segelintir pihak.

“Sesiapa pun boleh bertanding kerana akhirnya kena serahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk membuat pilihan.

“Soalnya sekarang apakah calon itu (Azwan) serius untuk mengangkat suara rakyat atau diupah, dihantar untuk tujuan tertentu?

“Pengundi hari ini, khususnya golongan milenium amat matang dan mereka mahukan wakil atau parti yang boleh membentuk kerajaan.

“Apa sekali pun, kehadiran Azwan tidak menjejaskan langsung gerak kerja saya,” katanya.

The post “Berhenti Menyalak, Calon Terdesak” – Kata-kata Azwan Terhadap Azmin appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Berhenti Menyalak, Calon Terdesak” – Kata-kata Azwan Terhadap Azmin

Sekianlah artikel “Berhenti Menyalak, Calon Terdesak” – Kata-kata Azwan Terhadap Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Berhenti Menyalak, Calon Terdesak” – Kata-kata Azwan Terhadap Azmin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/berhenti-menyalak-calon-terdesak-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :