BN DAN PAS MUNGKIN MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR – NORMAN

BN DAN PAS MUNGKIN MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR – NORMAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN DAN PAS MUNGKIN MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR – NORMAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN DAN PAS MUNGKIN MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR – NORMAN
link : BN DAN PAS MUNGKIN MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR – NORMAN

Baca juga


BN DAN PAS MUNGKIN MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR – NORMAN

Barisan Nasional (BN) dan PAS berkemungkinan besar akan bekerjasama membentuk Kerajaan Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Norman Toha berkata, semua pihak tidak boleh menolak kemungkinan tersebut apatah lagi status PAS ketika ini berperanan sebagai ‘king maker’ atau pencatur utama politik negara.

“PAS tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebab kita semua tahu PAS tidak mungkin boleh duduk bersama dengan DAP.

“Tambahan pula dalam PH juga ada Parti Amanah Negara (PAN) yang disifatkan PAS sebagai pengkhianat perjuangan parti itu,” katanya kepada Watan Online, pada Jumaat.

Norman yang juga EXCO Jabatan Penerangan UMNO Selangor berkata, hubungan mesra di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi memungkinkan kerjasama tersebut berlaku.

Sebelum ini, Watan Online melaporkan PAS sedia membentuk kerajaan bersama BN sekiranya parti pemerintah itu berjaya memenangi PRU-14 nanti.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata beliau yakin PAS akan menjadi ‘king maker’ atau pencatur utama politik negara.

Pada 2015, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP, diikuti dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, PAS istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum.

Bagaimanapun, Majlis Syura Ulama kesal dengan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam selain melanggar semangat kerjasama pakatan pembangkang serta campur tangan dalam akidah, dasar dan matlamat PAS.


Demikianlah Artikel BN DAN PAS MUNGKIN MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR – NORMAN

Sekianlah artikel BN DAN PAS MUNGKIN MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR – NORMAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN DAN PAS MUNGKIN MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR – NORMAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/bn-dan-pas-mungkin-membentuk-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :