link : DAP peralat PKR untuk raih undi Melayu, kata PAS
DAP peralat PKR untuk raih undi Melayu, kata PAS
PAS mendakwa DAP berjaya memperalatkan PKR untuk mendapatkan undi masyarakat Melayu menerusi penggunaan logo PKR sebagai logo bersama Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun penggunaan logo itu dilihat memberi kelebihan kepada PKR kerana parti lain seolah-olah terpaksa tunduk kepadanya, perkara tersebut hanya menguntungkan DAP.
“(Kalau) kita lihat dari sudut lain, PKR dijadikan alat oleh DAP untuk meraih undi Melayu. Maknanya PKR diperkudakan oleh DAP. Inilah buktinya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jasamu Dikenang dan Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim Kota Bharu pada Khamis.
Penyerahan tugas itu melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri Mohd Faudzi Che Mamat yang akan bersara wajib dan Nazran Muhammad yang sebelum ini merupakan Pengarah Tanah dan Galian Kelantan.
Mohd Faudzi akan bersara pada Sabtu ini manakala Nazran akan memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Setiausaha kerajaan negeri yang baharu pada keesokannya.
Selasa lepas, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata parti itu bersetuju untuk menggunakan logo PKR pada PRU14 ini untuk meraih lebih banyak undi masyarakat Melayu.
Mengulas lanjut, Mohd Amar seterusnya menyeru orang Melayu agar tidak tertipu dengan strategi yang digunakan pembangkang yang hanya bertujuan mengelaburi mata mereka semata-mata.
“DAP sendiri mengaku dia nak guna lambang PKR untuk mengelabukan mata pengundi Melayu. Jadi kita harap semua pengundi Melayu tidak tertipu dengan strategi DAP ini,” katanya.
Demikianlah Artikel DAP peralat PKR untuk raih undi Melayu, kata PAS
Sekianlah artikel DAP peralat PKR untuk raih undi Melayu, kata PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP peralat PKR untuk raih undi Melayu, kata PAS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/dap-peralat-pkr-untuk-raih-undi-melayu.html