Fazlina Ahmad Daud Perjelas Tindakannya Lempang Aiman Tino

Fazlina Ahmad Daud Perjelas Tindakannya Lempang Aiman Tino - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fazlina Ahmad Daud Perjelas Tindakannya Lempang Aiman Tino, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fazlina Ahmad Daud Perjelas Tindakannya Lempang Aiman Tino
link : Fazlina Ahmad Daud Perjelas Tindakannya Lempang Aiman Tino

Baca juga


Fazlina Ahmad Daud Perjelas Tindakannya Lempang Aiman Tino

Berita mengenai penyanyi popular Aiman Tino dilempang pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud sewaktu di lokasi penggambaran Mak Cun musim keempat, telah membuatkan sebahagian besar peminat Aiman berang dan marah terhadap aktres wanita itu.

Selain itu, khabarnya pihak pengurusan penyanyi yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci itu juga meluahkan rasa tidak puas hati dan mahu mengambil tindakan.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Fazlina menjelaskan tindakannya itu bertujuan memastikan penyanyi itu nampak bagus apabila karya arahan dan terbitan Erma Fatima itu ditayangkan nanti.

Akui Fazlina, dia kecewa apabila ramai pihak mengecam tanpa mengetahui situasi sebenar sehingga memberi kesan emosi kepada keluarganya terutama anak-anak.

“Saya bukan lempang Aiman sewaktu ambil ‘mood’ dan saya tidak ajar dia berlakon. Sebaliknya apa berlaku adalah dalam rakaman babak.

“Itupun saya buat guna teknik memandangkan dia sudah tidak punya ‘tenaga’ untuk mengeluarkan perasaan sepatutnya.

“Sebagai orang baru saya tidak boleh bergantung kepada Aiman untuk jaga ‘blocking’. Saya harus berfikir pantas. Saya guna teknik sentuh pipi dan tolak muka untuk babak lempang itu. Bunyi datang dari paha yang saya tepuk memang buat dia terkejut,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Melihat Aiman berada dalam situasi betul, Fazlina akui dia lakukan provokasi dan memegang mukanya agar kamera dapat mengambil gambar dekat ketika air matanya bergenang ketika itu.

“Selepas babak selesai saya bantu dia supaya faham dan memohon maaf. Aiman berterima kasih kerana tidak sangka ia membuatnya menangis.

“Saya puji dia orang baru berbakat. Saya jelaskan apabila babak itu disiarkan nanti orang akan suka dan sayang dia dan akan membenci saya. Tapi belum pun drama itu disiarkan orang sudah benci,” katanya.

Dalam pada itu, adik kepada seniwati Fauziah Ahmad Daud ini juga berkata, sekiranya pihak pengurusan Aiman tidak berpuas hati dan mahu buat laporan polis membabitkan isu ‘lempang’ di lokasi terbabit dia menyerahkan sepenuhnya kepada mereka.

The post Fazlina Ahmad Daud Perjelas Tindakannya Lempang Aiman Tino appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Fazlina Ahmad Daud Perjelas Tindakannya Lempang Aiman Tino

Sekianlah artikel Fazlina Ahmad Daud Perjelas Tindakannya Lempang Aiman Tino kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fazlina Ahmad Daud Perjelas Tindakannya Lempang Aiman Tino dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/fazlina-ahmad-daud-perjelas-tindakannya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :