link : GANAS!! PENYOKONG PKR TUMBUK PENGERUSI MASJID
GANAS!! PENYOKONG PKR TUMBUK PENGERUSI MASJID
JOHOR BAHRU 13 April – Belum pun kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bermula, penyokong gabungan pembangkang PKR bertindak agresif apabila menumbuk Pengerusi Masjid Kota Masai, di sini selepas solat Jumaat, hari ini.Mangsa, Herman Irmadi berkata, kejadian berlaku apabila dia menegur segelintir penyokong pembangkang yang mengedarkan risalah politik di dalam kawasan masjid.
Beliau ditumbuk oleh salah seorang penyokong pembangkang ketika hendak pulang ke rumah selepas keadaan di masjid tidak lagi sesak.
“Saya dimaklumkan ahli jawatankuasa masjid ada sekumpulan penyokong PKR yang mengedar risalah di dalam masjid serta di pintu masuk sehingga menyebabkan keadaan menjadi sesak.
“Saya memberitahu mereka bahawa pihak masjid tidak ada masalah sekiranya ingin mengedar risalah di luar kawasan masjid. Saya tidak menyangka teguran itu menyebabkan mereka marah sehingga menumbuk saya,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE, di sini sebentar tadi.
Herman yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Tebrau memberitahu, beliau sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Scientex Pasir Gudang pada pukul 5.30 petang tadi.
– UTUSAN ONLINE
Demikianlah Artikel GANAS!! PENYOKONG PKR TUMBUK PENGERUSI MASJID
Sekianlah artikel GANAS!! PENYOKONG PKR TUMBUK PENGERUSI MASJID kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel GANAS!! PENYOKONG PKR TUMBUK PENGERUSI MASJID dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/ganas-penyokong-pkr-tumbuk-pengerusi.html