link : Gara-gara Dukung Lizzy, Zul Ariffin Perlu Jumpa Pakar Kiropraktik
Gara-gara Dukung Lizzy, Zul Ariffin Perlu Jumpa Pakar Kiropraktik
Menerusi InstaStory, Zul Ariffin menulis mesejnya gurauannya kepada Elizabeth Tan mengatakan dia berkemungkinan perlu berjumpa dengan kiropraktik dua kali dalam seminggu kerana mengalami masalah berkaitan sakit belakang dan sendi selepas mendukung penyanyi itu ketika berada di lokasi penggambaran drama Misteri Dilaila baru-baru ini.
“Terima kasih Lizzie jadi penyeri di set #misteridilaila dan kerana dukung you, temu janji I dengan chiropractor dah jadi dua kali seminggu. Sweet kan?,” tulisnya di InstaStory seperti yang dilaporkan mStar online.
Mesej itu ditulis Zul sebagai ucapan selamat tinggal kepada penyanyi lagu Knock Knock yang sudah menyelesaikan penggambaran drama itu.
Baru-baru ini, video memperlihatkan Zul mendukung Elizabeth tular di laman sosial sehingga ada menyarankan agar mereka menjadi pasangan kekasih memandangkan kedua-dua mereka belum berpunya.
Bagaimanapun ada juga menyelar tindakan pelakon bertubuh sasa itu kerana menyifatkan perbuatannya tidak sopan.
Dalam pada itu, menerusi mesej sama, Zul juga berharap dapat kembali bekerjasama dengan Elizabeth dan meminta penyanyi itu mengambilnya sebagai pelakon dalam muzik videonya nanti.
“Muzik video baru kalau tak panggil I siap!,” tulisnya lagi.
The post Gara-gara Dukung Lizzy, Zul Ariffin Perlu Jumpa Pakar Kiropraktik appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Gara-gara Dukung Lizzy, Zul Ariffin Perlu Jumpa Pakar Kiropraktik
Anda sekarang membaca artikel Gara-gara Dukung Lizzy, Zul Ariffin Perlu Jumpa Pakar Kiropraktik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/gara-gara-dukung-lizzy-zul-ariffin.html