link : Gara-gara Kongsi Semangat Sokong BN, Bisnes Serina Diboikot Netizen
Gara-gara Kongsi Semangat Sokong BN, Bisnes Serina Diboikot Netizen
Tindakan pelakon Serina Redzuawan yang berkongsi semangatnya menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU14) ini, telah disalah erti oleh sesetngah pihak yang bertindak melemparkan kecaman terdapat pelakon itu.
Tak fasal-fasal, akaun sosial Instagram miliknya menjadi ‘medan perbalahan’ antara netizen dan pengikutnya yang terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai fahaman politik yang berbeza.
Sekaligus anak kepada chef selebriti terkenal Datuk Chef Wan ini turut ‘diserang’ netizen ekoran perkongsian beberapa foto ketika dia berada di majlis yang dianjurkan parti berkenaan pada malam Selasa lalu.
Lebih teruk lagi, segelintir pengikutnya turut bertindak kurang matang dengan mengugut untuk tidak mengikuti lagi (unfollow) dan memboikot perniagaan makanan yang sedang diusahakan. Ada juga netizen yang mengugut untuk membatalkan tempahan char kuew tiow dan kuih raya disebabkan perbezaan fahaman politik itu.
..
Enggan pergaduhan menjadi semakin panjang, Serina menjelaskan foto dan status yang dimuat naik itu tidak bukan berbentuk desakan ke atas mana-mana pihak untuk membuat pilihan parti berkenaan. Sebaliknya setiap individu berhak membuat pilihan masing-masing.
Dia juga meminta peminat tidak terlalu emosi sehingga melibatkan perniagaannya dalam perkara berkenaan.
..
Dalam pada itu, Serina turut memberitahu dia memilih BN berikutan arwah datuknya merupakan bekas anggota tentera.
“Siapa kerajaan itulah yang I pilih sebab banyak membantu bekas tentera dan golongan selebriti. Arwah atuk I bekas tentera,” ujarnya.
Pelakon itu juga meminta agar netizen berhenti berperang di ruangan komen Instagram miliknya dan berharap mereka menghormati pilihan masing-masing.
The post Gara-gara Kongsi Semangat Sokong BN, Bisnes Serina Diboikot Netizen appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Gara-gara Kongsi Semangat Sokong BN, Bisnes Serina Diboikot Netizen
Anda sekarang membaca artikel Gara-gara Kongsi Semangat Sokong BN, Bisnes Serina Diboikot Netizen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/gara-gara-kongsi-semangat-sokong-bn.html