Gila nak fitnah dan memalukan saya: Chef Wan

Gila nak fitnah dan memalukan saya: Chef Wan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gila nak fitnah dan memalukan saya: Chef Wan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gila nak fitnah dan memalukan saya: Chef Wan
link : Gila nak fitnah dan memalukan saya: Chef Wan

Baca juga


Gila nak fitnah dan memalukan saya: Chef Wan

SELEBRITI Chef Wan meluahkan perasaan di Instagram berkenaan kes rumah tangga antara anaknya Serina dengan bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh.

Tulis Chef Wan, “Konon nak elakkan Rina dapat balik hak penjagaan anak-anaknya sekarang mengunakan alasan yang lain konon Rina langgar perintah dia yang tak benar anak-anak dia tidur satu katil bersama saya la pulak.

“Ada ke undang-undang yang kata cucu-cucu di bawah umur tak boleh tertidur bersama atuknya?” tulis Chef Wan di instagramnya.

Chef Wan turut mengatakan bahawa selama ni dari kecil cucu-cucunya itu menonton TV dan sebagainya tidak ada apa-apa pula isu yang dibangkitkan.

”Saya ini kan datuk mereka dan mereka di bawah umur. Jika Rina tak boleh jaga anak-anaknya bukan ke datuknya ada hak untuk menjaga cucu itu?

“Kadang kala Serina balik lewat, jadi maksudnya saya tak boleh tidurkan cucu saya?

“Saya ni ada sejarah pedofil ke atau sesuatu yang saya buat sehingga ada undang-undang begitu di rumah sendiri,” tulisnya lagi.

Chef Wan turut meminta bukti di mahkamah jika dia ada melakukan apa-apa yang tidak elok kepada cucu-cucunya itu.

“Saya cabar dia.

“Gila nak fitnah dan memalukan saya sampai begitu sekali asalkan dapat membukti kan Rina tu kononnya seorang ibu yang tidak bertanggungjawab,” tulisnya.

Terdahulu, Serina Redzuawan bakal berdepan dengan hukuman penjara berikutan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama.

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41, memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) pada 17 April lalu di sini.

Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin dalam prosiding itu di Mahkamah Tinggi Syariah berhujah, banyak pelanggaran didakwa dilakukan Serina.

“Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu pada 3 Disember lalu.

“Dalam perenggan yang dipersetujui itu juga menyatakan anak-anak tersebut  harus tidur bilik berasingan daripada Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail,” katanya.

Pada 1 Ogos 2017, Gavin sah menceraikan Serina di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun melayari rumah tangga.

The post Gila nak fitnah dan memalukan saya: Chef Wan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Gila nak fitnah dan memalukan saya: Chef Wan

Sekianlah artikel Gila nak fitnah dan memalukan saya: Chef Wan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gila nak fitnah dan memalukan saya: Chef Wan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/gila-nak-fitnah-dan-memalukan-saya-chef.html

Subscribe to receive free email updates: