link : "Guan Eng ditipu atau menipu akar umbi?" soal ahli seumur hidup
"Guan Eng ditipu atau menipu akar umbi?" soal ahli seumur hidup
SHAH ALAM: "Adakah Guan Eng sedang mempermainkan ahli akar umbi DAP, atau dia yang sedang dipermainkan?," itu persoalan yang diutarakan bekas ahli DAP, Shamsher Singh Thind.
Maklum balas itu menyusul selepas DAP bersikap 'terbuka' dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk menggunakan logo PKR sebagai logo rasmi pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.
Menurut Shamsher, DAP pada PRU13 pernah hampir dibatalkan pendaftarannya, namun Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bertegas untuk menggunakan logo tersebut pada ketika itu.
Namun, berbeza dengan sekarang, Guan Eng kini memilih untuk menerima apa sahaja keputusan yang dibuat dalam PH semata-mata hanya mahu membuktikan 'kesatuan' dalam parti itu.
"Saya tidak tahu apa Guan Eng sedang fikir sekarang, sama ada dia memperbodohkan ahli DAP atau dia yang telah diperbodohkan.
"Sebab benda yang dia takuti pada PRU13 iaitu kemungkinan dia tidak boleh guna roket, dia begitu takut dan sedih, kali ini dia begitu bangga dan yakin bahawa dengan menggunakan roket sahaja kita boleh menang Putrajaya.
"Sebab bagi saya ada sedikit kekeliruan sebab sebelum ini pada PRU lepas kamu kata simbol roket itu adalah kekuatan dan tanpa roket kamu sukar menang tetapi sekarang kamu boleh tidak mahu menggunakan roket tetapi menggunakan simbol PKR hanya sebab mahu tunjukkan yang kita ini adalah satu," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Kelmarin PH secara rasmi mengumumkan bakal menggunakan logo PKR sebagai logo rasmi bagi PRU14.
Ia selepas gabungan itu masih gagal mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mendaftarkan parti mereka di bawah satu logo selepas masalah yang dihadapi PPBM.
Umum mengetahui, DAP telah menggunakan lambang roket mereka sejak lebih 50 tahun yang lalu, dan ini merupakan kali pertama parti Cina itu bakal menggunakan logo parti lain untuk bertanding dalam PRU.
Malah, para pengundi Cina sudah terlalu simbolik dengan logo 'roket' yang mereka gunakan selama ini.
Bukan akar umibi sahaja yang kecewa, salah seorang pengasas DAP, Dr. Chen Man Hin telah menyatakan kekecewaannya parti itu terpaksa ‘mengorbankan’ logo yang begitu sinonim dengan parti tersebut.
Malah, Man Hin berpendapat DAP sepatutnya meneruskan sahaja hasrat untuk menggunakan logo sendiri dalam PRU14.
Mengulas lebih lanjut perkara itu, Shamsher mempersoalkan jika keputusan menggunakan logo PKR ini telah dipersetujui oleh ahli akar umbi keempat-empat parti komponen dalam PH.
Ini kerana menurutnya, beliau melihat keputusan yang dibuat itu seolah-olah hanya dibuat beberapa pemimpin tertinggi PH sahaja, dan bukannya mengambil kira pandangan ahli-ahli mereka.
"Yang saya rasa pelik, siapa sebenarnya yang membuat keputusan?, sama ada mereka ini terima atau tidak, Bersatu punya akar umbi ini terima atau tidak bahawa Dr Mahathir terpaksa bertanding di bawah tiket PKR, sama ada PKR terima atau tidak Mahathir bertanding atas tiket PKR dan DAP boleh terima atau tidak kalau pemimpin mereka bertanding atas tiket PKR.
"Saya juga tidak tahu siapa punya idea, macam mana mereka lakukan mesyuarat, bagaimana mereka dapat keputusan seperti ini dan sama ada keputusan ini disokong oleh ahli akar umbi atau tidak?
"Nampak macam ada dua tiga pemimpin yang buat keputusan, yang lain ikut sahaja," katanya lagi.

Demikianlah Artikel "Guan Eng ditipu atau menipu akar umbi?" soal ahli seumur hidup
Sekianlah artikel "Guan Eng ditipu atau menipu akar umbi?" soal ahli seumur hidup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "Guan Eng ditipu atau menipu akar umbi?" soal ahli seumur hidup dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/guan-eng-ditipu-atau-menipu-akar-umbi.html