link : Ibu Turut Terkena Tempias Gosip – Wany Hasrita
Ibu Turut Terkena Tempias Gosip – Wany Hasrita
Penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita menegaskan dia tidak menjalin hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan Q Face, Fairuz Selamat seperti yang digosipkan.
Jelas Wany, dia sudah bersahabat dengan lelaki itu sejak sebelum dia bergelar artis. Malah dia menjadikan Fairuz sebagai salah satu rujukan dalam bidang muzik memandangkan lelaki itu lebih berpengalaman.
“Abang Fairuz ialah sumber rujukan saya dalam bidang muzik kerana dia mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini.
“Ibu juga mengenali Abang Fairuz. Hakikatnya, kami tidak bercinta, sebaliknya sekadar bersahabat baik,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.
Wany juga memohon mana-mana pihak tidak mensensasikan khabar angin tersebut kerana secara tidak langsung ia memberi impak negatif kepada ibunya.
Menurut Wany, dia kasihan terhadap ibunya yang sering terkait sama setiap kali dia terpalit dengan gosip cinta.
“Kasihanilah ibu saya, apatah lagi cerita negatif sebegitu mudah dipercayai oleh orang ramai di luar sana. Lebih-lebih lagi, dia menyandang status ibu tunggal.
“Saya tinggal bersama ibu… Jadi, jika ada cerita sensasi sebegitu, kesannya bukan terhadap saya seorang, tetapi turut terkena pada ibu. Harapnya, selepas ini tidak lagi timbul cerita begini, sebaliknya fokus kepada kerjaya saja,” katanya.
The post Ibu Turut Terkena Tempias Gosip – Wany Hasrita appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ibu Turut Terkena Tempias Gosip – Wany Hasrita
Anda sekarang membaca artikel Ibu Turut Terkena Tempias Gosip – Wany Hasrita dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/ibu-turut-terkena-tempias-gosip-wany.html