link : “Ira Cium Sepupu Sendiri, Nanti Saya Tegur Dia” – Kazar
“Ira Cium Sepupu Sendiri, Nanti Saya Tegur Dia” – Kazar
Pelakon Kazaruddin Saisi atau Kazar, 59, menjelaskan lelaki yang dicium oleh anak gadisnya, Ira, sebenarnya adalah saudara dan pangkat sepupu kepada Ira.
Memetik laporan Sinar Harian, Kazar berkata, anaknya dan anak lelaki kepada pelawak Helmi Gimmick itu sudah rapat sejak dari kecil lagi.
“Sejak kecil mereka memang rapat dan dah lama tak berjumpa. Tak sangka pula foto atau video itu dimuat naik oleh Ira di Instagram sampai orang salah faham.
“Saya akui tindakannya itu salah dan tak sepatutnya dilakukan, walaupun sepupu tak boleh buat macam tu. Nanti saya tegur dia,” katanya.
Beberapa hari lalu telah tersebar gambar yang menunjukkan Ira sedang mencium pipi seorang lelaki yang dimuat naik olehnya di Instastory. Posting tersebut telah mencetus bualan hangat pengguna media sosial.
Sebelum ini nama Kazar turut terpalit apabila anaknya itu memuat naik aksi video menari dengan gaya yang mengghairahkan.
Pelakon drama Ceplos itu berkata, dia lebih selesa menegur anaknya dengan cara berhemah.
“Remaja zaman sekarang lain tak macam kita dulu, mereka ini kalau kita marah lagi memberontak. Saya pun dah nasihat dan tak nak marah banyak kali, nanti lama-lama dapat penyakit sakit jantung pula.
“Saya selalu pesan dan nasihat dia supaya jaga nama bapa kerana saya dikenali. Apabila kontroversi begini, nama saya akan terpalit juga.
“Kalau netizen nak mengecam kata saya tak reti jaga anak, boleh datang rumah dan tengok sendiri hubungan kami anak-beranak,” katanya.
The post “Ira Cium Sepupu Sendiri, Nanti Saya Tegur Dia” – Kazar appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Ira Cium Sepupu Sendiri, Nanti Saya Tegur Dia” – Kazar
Anda sekarang membaca artikel “Ira Cium Sepupu Sendiri, Nanti Saya Tegur Dia” – Kazar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/ira-cium-sepupu-sendiri-nanti-saya.html